Tuesday, November 30, 2010

TAFSIRAN QURAN KESAVAN DISAHKAN TAK SILAP....


Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Hutan Melintang, Perak, S. Kesavan (gambar) didakwa oleh UMNO (yang x reti pun Quran) sebagai salah tafsiran pada Surah Al-Imran ayat 190 . Beliau memetik tafsiran surah Ali-Imran itu ketika berbahas dalam Kongres Tahunan PKR di Petaling Jaya baru-baru ini.

Disini ana memetik terjemahan Kesavan berbunyi: "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal... agar kita sentiasa berfikir agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun. " ('bolt hitam' adalah huraian Kesavan pada maksud ' manusia berakal' bagi ayat 190)

Ianya bertepatan dengan tafsiran ayat itu berbunyi seperti berikut:
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal". (Al-Imran : 190)

Jadi apakah yang ditafsirkan oleh wakil PKR itu salah ke wahai UMNgOk????

www.dppwm.blogspot.com

1 comment:

Cikgu Di said...

Salam buat tuan..
Saya bukan ahli dalam membuat tafsiran dan jauh sekali dalam menaksir apa yang tersurat dan tersirat. Tapi memadailah kalau kita rujuk kepada pesanan ulamak bahawa Al-Quran adalah kalamullah dan hanya yang ahli dalam bidangnya sahaja yang berkebolehan menafsir dengan tepat. Kerana jika penafsirannya tidak jelas dan maka membawa maksud yang tidak tepat maka dia telah meletakkan kaki ke Neraka..dan hendaklah kita berhati-hati dengannya. Jangan telalu ghairah mengguna ayat-ayat Quran tanpa kita merujuk kepada Asbabul Nuzul serta kisah turunnya ayat tersebut. Jangan jadi ayat -ayat tersebut sebagai rojak atau iklan kedai kopi dalam ceramah kita kerana kesan dan natijah dari kalamullah adalah gegarnya seluruh alam apatah lagi jika bukan ahlinya....walahualam.