Tuesday, December 20, 2011

Bukti BN Berkempen Melalui Bil TNB [Gambar]

Liang Lahat
PRU13 memang dah tak lama lagi.sekarang ni BN sudah pun memulakan pelbagai strategi untuk menunjukkan bahawa BN ni prihatin kepada rakyat.

BN nak rakyat tahu walaupun beratus-ratus juta wang rakyat telah di"kebas oleh kroni-kroni mereka.

BN tetap ingat pada rakyat terutamanya apabila pilihanraya semakin hampir..

Strategi BN adalah menggunakan wang rakyat untuk memberi sesuatu kepada rakyat dan menamakannya sebagai "subsidi..."

Dan kemudiannya...

BN akan mengaku bahawa itu adalah EHSAN BN kepada rakyat...

  • Ketua JKKKP
  • Pak cik felda yang sedang main dam aji sambil memakai topi UMNO..
  • Pembaca setia Utusan dan
  • Penonton TV3...

Adalah 4 golongan sasaran mudah untuk BN perdayakan..

Terbaru..
BN,melalui GLC (syarikat berkaitan kerajaan) iaitu TNB..
telah memulakan kempen untuk perdayakan 4 golongan ini menjelang PRU13 yang tidak berapa lama lagi akan diadakan..

BN berkempen melalui "bil" TNB..
di bil TNB ada dinyatakan berapa "subsidi" yang diberikan oleh kerajaan...

Subsidi yang sebenarnya datang dari wang rakyat sendiri...
dari wang pembayar cukai..
bukan wang BN pun....

Bil yang aku maksudkan adalah bil bulan terbaru iaitu December..
bil bulan December ini siap ada cetakan berkomputer menyatakan jumlah subsidi yang diberikan kepada rakyat yang kononnya mengemis subsidi dari kerajaan..

Aku tak tahu kat bil korang ada ke tak macam ni...
tapi mula-mula...
korang tengok dulu bil bulan October 2011 ini..
masih belum ada dinyatakan tentang subsidi di dalam bil..
BIL OCTOBER 2011

Bil bulan November yang di bawah ni juga sama...
masih lagi tiada cetakan berkomputer menyatakan jumlah subsidi..
BIL NOVEMBER 2011
OK...
dah tengok kan dua bil tu..?
sekarang korang tengok bil bulan terbaru - December 2011..
siap ada dinyatakan jumlah subsidi kepada pengguna..
BIL DECEMBER 2011

Ingat rakyat Malaysia ni bodoh ker..?
(kecuali pembaca Utusan,tu memang kategori bengap ler...)
ingat undi boleh dibeli dengan menunjukkan rasa bangga dan megah ke atas pemberian subsidi tu ke..?

Duit yang bayar subsidi tu datangnya dari duit siapa..?
duit yang bayar ke taukey-taukey IPP sebanyak RM15.1 bilion setiap tahun tu guna duit siapa..?

Duit BN..?
duit UMNO..?

www.gigitankerengga.blogspot.com

1 comment:

Blogger said...

Your Affiliate Money Printing Machine is ready -

And getting it running is as simple as 1--2--3!

Follow the steps below to make money...

STEP 1. Choose which affiliate products the system will push
STEP 2. Add some PUSH button traffic (it LITERALLY takes 2 minutes)
STEP 3. Watch the system grow your list and upsell your affiliate products all on it's own!

Are you ready to start making money???

Check it out here