Thursday, July 24, 2008

BILA PULAK DATUK NAN PANDAI JAGA PERASAAN RAKYAT ?

Ekoran dari kerajaan Negeri Terengganu membeli Mercedes,untuk kerajaan negeri Pahang Datuk Nan mengumumkan bahawa terus menggunakan kereta Perdana V6 untuk kegunaan Exco-exco kerajaan Negeri selaras dengan kehendak kerajaan Persekutuan. Beliau juga menyebut "Ini dilakukan selepas mengambil kira keadaan ekonomi semasa dan perasaan rakyat,"

Persoalannya betulkah kerana mengikut kehendak kerajaan persekutuan atau kerana negeri Pahang dah nak muflis ? Kalau tak, takkan Datuk Nan sanggup jual tanah milik UMNO kepada syarikat UMNO sebanyak 30.000 hektar ekar di Kuantan, Maran dan Rompin.?

Hujjah yang digunakan oleh Datuk Nan juga ialah selepas mengambil kira keadaan ekonomi dan perasaan rakyat. Bila pulak Datuk Nan ambil kira perasaan Rakyat? Rakyat Pahang tentu masih tidak lupa dengan nombor Plat CCC 9.Pejabat Menteri Besar Pahang telah membelanjakan RM48.000 untuk mendapatkannya. Pada ketika itu sedikitpun Datuk Nan tak fikir tentang perasaan rakyat.

Sekiranya betul Datuk Nan ikhlas nak Bantu rakyat dan nak jaga perasaan rakyat, beliau kena pertahan hak rakyat termasuk membantah kenaikan harga minyak,bil elektrik dan air yang mana rakyat sengsara dengan kenaikan bil-bil ini.

No comments: