Wednesday, July 30, 2008

PAKLAH buat kerja haram lagi....


Hari ini (31 Julai 2008 Sila lihat berita Bernama) Paklah sekali lagi mengulangi perbuatan yang boleh membawa kepada haram iaitu meletakkan kalungan bunga di tugu peringatan Negara. Sedangkan majlis fatwa kebangsaan menyamakan perbuatan ini dengan orang-orang jahiliyyah beribadat. Apakah amalan ISLAM HADHARI membenarkan perbuatan seperti ini?

Sedangkan kita semua boleh lihat fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti bahawa perbuatan mengalungkan bunga, bertafakkur dan menundukkan kepala dihadapan tugu adalah haram. Diantaranya :

- Fatwa Mufti Pulau Pinang telah menyatakan, bahawa adalah haram tiupan dan bertafakur dengan menundukkan kepala selama 20 saat dengan meletakkan kalung bunga di tugu namun bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan di hadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak.

- Fatwa Mufti Pahang di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen bahawa :“Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

- Fatwa Mufti Perlis bahawa berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara’ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah dalam surah al Maidah ayat 90. Ayat itu bermaksud:”Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”.

Sekarang terbukti, bahawa ISLAM HADHARI yang didokongi oleh UMNO tidak mampu untuk menyekat perkara-perkara yang haram dan yang boleh membawa seseorang itu syirik kepada Allah SWT. Berbanding dengan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW (yang dianuti oleh kita yang tolak islam hadhari) yang mempunyai batas-batas dalam kehidupan ini.
Selain dari isu mat rempit, dadah, pelacur, buang bayi dan rompakan, sepatutnya akhbar arus perdana menyiarkan juga berita tentang perkara-perkara yang boleh menggugat aqidah ummat islam seperti mengalung bunga di tugu ini.supaya orang lain juga tidak sesat sebagaimana sesatnya si pengalung bunga ditugu negara itu.

1 comment:

mamat said...

CADANGAN :
JIKA ISLAM TIDAK DOMINAN
PAS WAJIB MENARIK DIRI

Ramai juga yang yakin bahawa Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan persekutuan pada 16 september ini . Saya sendiri beberapa kali diajukan pertanyaan apakah benar kerajaan ini akan dibentuk pada 16 september.


Saya hanya menjawab Wallahua'lam ( Allah swt. sahaja yang maha Mengetahui ) . Saya tidak mahu mendahului takdir Ilahi .


Sememangnya hati dan perasaan saya cukup tebal agar Kerajaan Barisan Nasional yang menganut faham sekular ini ditumbangkan bersama dengan koleksi kezaliman dan kekejaman yang mereka lakukan ke atas rakyat negara ini.


Tetapi sebagai seorang anggota gerakan Islam , saya juga tidak mahu kita meruntuhkan kerajaan jahiliyyah dan membina kerajaan jahiliyyah yang baru . Sebaliknya apa yang kita mahu ialah kita meruntuhkan kerajaan Jahiliyyah dan kita menubuhkan Kerajaan Islam yang menepati konsep Baldatun Toiyyibatun Wa Rabbun Ghafuur .


Andai benar Pakatan Rakyat berjaya menubuh kerajaan persekutuan pada 16 sept ini , persoalan tertumpu kepada bagaimana bentuk kerajaan tersebut ?


Apakah kerajaan tersebut terdiri daripada majoriti ahli parlimen dikalangan bukan Islam ? apakah jawatan timbalan perdana menteri juga akan terdiri dikalangan bukan Islam ? Dengar khabarnya Perdana Menteri sudah pasti Dato' Seri Anwar Ibrahim dan beliau di katakan akan melantik 3 timbalan perdana menteri .


Saya tidak bersifat perkauman . Ertinya saya tidak kisah MP ( ahli parlimen ) terdiri dari kalangan bangsa / kaum Cina , India , Melayu atau lainnya , tetapi yang penting mestilah muslim dan mukmin.


Justeru itu , jika kerajaan Pakatan Rakyat yang dikatakan akan terbentuk pada 16 sept ini tidak didominasikan oleh MP dikalangan muslim , maka ia membawa maksud kerajaan itu bukan lagi kerajaan orang Islam ( jauh sekali kerajaan Islam ) .


Maksud yang sama juga ialah kuasa politik negara ini bukan lagi berada di tangan orang Islam. Tentu sahaja masa depan orang Islam di negara kita akan terus menghadapi hari - hari suram dan kelamnya.


Pada hemat saya , PAS sebagai sebuah Gerakan Islam tidak boleh membenarkan kerajaan yang menghakis kuasa politik orang Islam dibentuk dalam negara kita. Membenarkannya juga membawa erti kita telah melanggar dan bersalahan dengan semangat perlembagaan parti yang kita tubuh dan perjuangkan selama ini. Iaitu ke arah membentuk kerajaan yang terlaksana di dalamnya al amru bil makruf dan an Nahyu anil Mungkar pula menurut lunas syariat .


PAS mesti memastikan kuasa politk terus kekal ditangan orang Islam sekalipun ia bukan melayu . Namun secara sifir kasarnya orang Islam di dalam negara kita adalah terdiri ramai dikalangan orang melayu .


Pakatan Rakyat , khasnya Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri mestilah peka perkara ini . Kerajaan yang hendak dibentuk mestilah tidak meninggalkan kuasa politik orang - orang Islam khasnya dan orang melayu amnya.


Janganlah asal boleh menjadi Perdana Menteri, maka siapa sahaja ahli parlimen yang boleh bersama untuk membentuk kerajaan diterima lalu dibentuk kerajaan tanpa melihat di mana kuasa politk orang Islam dan dimana kuasa politik orang Melayu ?


Kebimbangan saya ini berasaskan maklumat bahawa 30 MP yang bakal melompat masuk Pakatan Rakyat adalah terdiri dari kalangan MP bukan Islam kecuali 2 orang sahaja .


Saya cadangkan PAS mesti keluar dari Pakatan Rakyat jika Pakatan Rakyat terus bermaksud ingin membentuk kerajaan persekutuan tanpa memastikan agar kuasa politik itu mesti didominasikan oleh orang Islam .


Saya rasa , semua orang Islam apatah lagi pendokong gerakan Islam boleh bersetuju dengan cadangan saya .


Kalau kita begitu terguris hati apabila PAS mengadakan muzakarah dengan UMNO kerana melihat UMNO adalah musuh politik , zalim , kejam dan segala najis mungkar bersamanya , saya yakin mereka ini akan lebih terguris hatinya ketika melihat kerajaan persekutuan yang bakal dibentuk pada 16 sept oleh Pakatan Rakyat nanti , didominasikan oleh golongan bukan Islam . Sekurang - kurangnya UMNO yang dibenci itu masih lagi ahli syahadah.


Kepada sahabat perjuangan , perkukuhkan amal Islami kita , perteguhkan gerak kerja amal tarbawi kita guna memacu perjuangan yang kini memasuki episod baru , membelah badai yang datang dari segenap arah untuk meranapkan cita - cita besar kita , yang mahu melihat tertegaknya Negara Islam di atas tanahair kita .


Hari ini , saya semakin faham kenapa Tok Guru Presiden terus bertegas untuk bermuzakarah dengan siapa sahaja individu , parti politik atau pun NGO demi masa depan Islam dan ummah agar kuasa politik terus ditangan ummat Islam dan ianya tidak terlepas.


Apa yang semakin saya pelajari dari skil politik Tok Guru ini ialah agar kita berhati - hati memacu perjuangan supaya tidaklah kita keluar dari mulut buaya ( Jahiliyyah ) dan kita masuk mulut harimau ( jahiliyyah )


Buaya meskipun ganas , keganasannya hanya terhad di dalam air ( sungai ) yang jarang - jarang sekali kita merentasinya. Apa yang lebih bimbang ialah Harimau , keganasannya adalah di darat sedang kita hidup didarat ini .


Semoga Allah selamatkan Perjuangan suci ini . Takbiiiirr !! ( 3 kali )

posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi