Saturday, January 9, 2010

GEREJA DAN MASJID BUJAL KEMAMAN DAN MASJID KG BEREMBANG DI AMPANG



KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM500,000 kepada Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati di sini yang rosak kerana dibaling bom api bagi membolehkan pihak pentadbiran gereja membangunkan rumah ibadat itu di tempat lain.Perdana Menteri berkata ia adalah sebagai tanda simpati kerajaan terhadap apa yang telah berlaku dan peruntukan itu akan disalurkan kepada pihak Assembly of God agar mereka dapat membangunkan gereja di kawasan baru.

"Ini adalah sokongan kerajaan...ini adalah tanda keikhlasan kerajaan dan saya harap semua pihak akan bersikap tenang"."Kerajaan amat komited untuk menjaga keadaan yang harmoni dan hubungan yang baik antara kaum dan agama di dalam negara kita," katanya kepada pemberita selepas meninjau kerosakan yang dialami oleh gereja itu dan pengumuman itu disambut dengan tepukan oleh ramai yang hadir.Najib dengan diiringi beberapa orang menteri kabinet dan timbalan menteri menghabiskan masa 15 minit di tingkat bawah bangunan yang menempatkan gereja itu dan menyaksikan sendiri beberapa kemusnahan seperti peralatan pejabat, akibat lontaran bom api.Lebih 1,000 orang yang terdiri daripada ahli gereja serta penduduk setempat berebut-rebut untuk bersalaman dengan Perdana Menteri sebaik beliau selesai meninjau kerosakan di gereja itu selepas tiba di situ pukul 5 petang.

Najib berkata lawatan beliau ke tempat itu menunjukkan betapa kerajaan memandang serius insiden itu."Perbuatan seperti membakar tempat orang lain beribadah dalam agama yang lain adalah satu perbuatan yang sangat terkutuk...bukan sahaja di sisi undang-undang negara... segi agama Islampun kita dilarang oleh agama untuk melakukan perbuatan seperti ini."Dalam Surah Al An'am Ayat 108, Allah berfirman " Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan."

Ulasan: Diucapkan tahniah kepada PM kerana mengambil tindakan yang cepat dalam membantu dan melawat gereja yang dibom oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. PM berkata "Kerajaan amat komited untuk menjaga keadaan yang harmoni dan hubungan yang baik antara kaum dan agama di dalam negara kita".Sekiranya ucapan PM ini betul dan penuh tanggungjawab, bagaimana status dengan masjid Kg Bujal di Kemasik, Kemaman dan Masjid Kg berembang di Ampang, kenapa langsung tidak menjaga keharmonian dan agama pada ketika itu ?Sedangkan masjid juga adalah tempat beribadah bagi ummat islam.Sekali lagi saya nyatakan tahniah kepada PM kerana mengeluarkan peruntukan sebanyak lima ratus ribu ringgit terhadap gereja yang dibom itu tetapi janganlah jadikan ummat islam di Negara ini sebagai satu etnik yang seolah-olah tidak ada maruah seperti yang telah dilakukan kepada kedua-dua buah kampung iaitu Kg Bujal dan Kg Berembang .Kalau nak bantu dan harmoni tolonglah kedua-duanya kerana ummat islam di negara ini juga adalah rakyat Malaysia sepertimana penganut agama kristian yang telah dibom gereja mereka.

No comments: