Thursday, November 3, 2011

YEN YEN PEMBOHONG!!! Pelancong ke Kedah bertambah dikatanya berkurang

images/stories/maniuk.jpgALOR SETAR Kerajaan Negeri telah melantik konsultan untuk kajian industri pelancongan di negeri ini di mana menunjukkan berlaku peningkatan, berbeza dengan dakwaan Menteri Pelancongan, YB. Dato’ Seri Dr Ng Yen Yen.


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, YB. S. Manikumar berkata, Kerajaan Negeri tidak wajar dipersalahkan jika jumlah pelancong ke Kedah merosot, ekoran tidak mendapat kerjasama sepenuhnya daripada agensi pelancongan bawah Kerajaan Pusat.

“Malah, statistik mendakwa berlaku penurunan dalam jumlah pelancong ke negeri Kedah turut diragui,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bagi mengulas dakwaan Menteri Pelancongan, YB. Dato’ Seri Dr Ng Yen Yen yang menggesa Kerajaan Negeri merangka produk dan program pelancongan lebih menarik selain tidak terlalu bergantung kepada Langkawi semata-mata, ekoran jumlah pelancong ke negeri Kedah merosot sejak tahun 2008 di pejabatnya di Wisma Darul Aman, di sini.

YB. S. Manikumar memberitahu, berdasarkan sumber Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah (UPEN), jumlah pelancong ke Kedah pada tahun 2007 ialah 3.5 juta, meningkat kepada 3.9 juta tahun 2008, seterusnya 4.3 juta juta tahun 2009. Ingin saya bertanya dari mana Yen Yen mendapat statistik mendakwa ianya merosot.

Menurutnya, kedatangan pelancong asing juga meningkat iaitu sejak tahun 2007, sebanyak 1.2 juta kepada 1.4 juta (2008) dan 1.5 juta tahun 2009.

“Jumlah pelancong ke Langkawi juga meningkat, iaitu 2.1 juta (2007), 2.3 juta (2008) dan 2.6 juta (2009). Namun tidak dinafikan jumlah pelancong ke Langkawi melebih jumlah pelancong ke tanah besar Kedah. Ianya tidak wajar dipersoal kerana Langkawi adalah sebahagian daripada Kedah,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan itu, YB. S. Manikumar menjelaskan, pihaknya agak kecewa kerana agensi pelancongan bawah Pusat, iaitu Tourism Malaysia, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) Kedah dan Lembaga Kemajuan Langkawi (Lada) tidak memberi kerjasama sepenuhnya untuk melonjakkan industri pelancongan Kedah.

“Sepatutnya wakil ketiga-tiga agensi itu sentiasa berbincang bersama saya, selaku wakil Kerajaan Negeri untuk merangka program pelancongan sepanjang tahun, tetapi tidak wujud penyelarasan kerjasama yang baik antara Pusat dengan negeri untuk pacu pelancongan. Saya hanya dimaklum selepas program dirangka sedangkan saya sepatutnya mengetuai industri ini,” ujarnya.

Beliau memberitahu, promosi bersama antara Pusat dan Kerajaan Negeri juga kurang menyerlah, dan masing-masing membawa haluan sendiri.

“Penonjolan produk pelancongan tertentu diletak bawah pejabat pelancongan negeri Kedah, di mana Kementerian akan melantik kontraktor menerusi rundingan terus tanpa rujuk pada negeri. Ada kala ianya menimbulkan masalah seperti tidak memenuhi spesifikasi yang terpaksa ditanggung negeri,” jelasnya.

Ini berikutan selepas negeri Kedah diambil alih Pakatan Rakyat (PR), perkara ini diletak bawah bidang kuasa pejabat pembangunan negeri (SDA), berbanding sebelum ini bawah Unit Kawal Selia, UPEN.

YB. S. Manikumar turut kesal kerana tidak pernah diundang menyertai mana-mana program pembangunan pelancongan peringkat Pusat, termasuk perjumpaan antara Menteri dan Exco Pelancongan setiap tiga bulan sekali.

“Saya andaikan Menteri yang tidak buat kerja, bukan saya. Exco PR seolah dipinggirkan. Menteri patut tanya Tourism Malaysia apa dia buat untuk Kedah sebelum tanya saya,”
katanya.

Menurutnya, pihaknya turut menganjurkan pelbagai program pelancongan menggunakan bajet negeri yang berjaya menarik penyertaan negara luar, antaranya Royal Langkawi Regatta, Kedah International Hot Air Baloon dan Paramotor Kedah Satun International Challenge.

“Di setiap daerah pula kita wujudkan kluster produk tersendiri, antaranya Pusat Rekreasi Ulu lenggong (Baling), Lembah Bujang (Sungai Petani), Pendang Lake Resort dan Gunung Jerai Resort dan Taman Orkid, Pusat Rekreasi Sungai Sedim (Kulim) dan Titi Hayun (Yan),” jelasnya.

Tambahnya, negeri Kedah memiliki produk pelancongan tersendiri yang mencukupi namun kemungkinan promosi oleh agensi Pusat termasuk ejen pelancongan tidak mencakupi aspek itu.

“Saya turut berpandukan pada Pelan Strategik Kedah Sejahtera, dalam merangka program bersesuaian. Malah kajian dan perancangan bagi tempoh lima tahun turut dirangka secara komprehensif,” ujarnya.


DATA

Jumlah pelancong ke Kedah 2007 2008 2009

Domestik 2.3 juta 2.5 juta 2.8 juta
Antarabangsa 1.2 juta 1.4 juta 1.5 juta
Jumlah keseluruhan 3.5 juta 3.9 juta 4.3 juta


Jumlah pelancong ke Kedah 2007 2008 2009

Langkawi 2.1 juta 2.3 juta 2.6 juta
Tanah besar 1.4 juta 1.6 juta 1.7 juta

http://paspb2.blogspot.com

No comments: