Thursday, April 10, 2008

Formula UMNO mengundang murka Allah

FORMULA UMNO MENGUNDANG
MURKA ALLAH.

Apa nak jadi negara kita…? Bermacam-macam kes datang bertamu, ditengah-tengah pemimpin kerajaan ghairah mewarwarkan Negara Malaysia aman, makmur dan selamat, tiba-tiba satu institusi yang di amanahkan untuk menjaga keselamatan Negara telah mengeluarkan satu indeks yang mengejutkan banyak pihak. Saya sertakan jenayah yang berlaku pada tahun 2007 sahaja iaitu :


-Bunuh ( 588 kes)
-Rogol (3177 kes)
-Samun berkawan bersenjata api (77 kes)
-Samun berkawan tanpa senjata api (7067 kes)
-Samun bersenjata api (202 kes)
-Samun tanpa senjata api (17,241 kes)
-Mencederakan (6806 kes).
-Curi (44,617 kes)
-Curi van/ lori/ jentera berat (5047 kes)
-Curi motokar (12,427 kes)
-Curi Motosikal (67,584 kes)
-Curi ragut (11,127 kes)
-Pecah rumah siang hari (9159 kes)
-Pecah rumah malam hari (24,440 kes)

Jumlah keseluruhnnya ialah 209,598 kes dalam satu tahun. Dimanakah tanda-tanda yang menunjukkan Negara kita selamat?.

Islam telah mengemukakan undang-undangnya yang tersendiri melalui Al-quran, yang menjamin kesejahteraan kehidupan manusia di bumi ini. Tetapi tidak diguna pakai oleh pemerintah hari ini. Pada tahun 2004, Kerajaan BN yang diketuai oleh YAB Dato’ Sri Abdullah Ahmad Badawi telah memperkenalkan slogan Islam Hadhari, ketika itu ramai yang terfikir mungkin dengan islam yang baru ini akan mendatangkan pembangunan yang hebat, keselesaan hidup, kadar jenayah menurun dan harga barang diturunkan.

Namun segala harapan dan khayalan yang melayang diruang kotak pemikiran rakyat tidak sebagaimana yang diimpikan. Ini dibuktikan apabila setiap tahun di dalam era pemerintahan yang berslogankan Islam Hadhari kadar indeks jenayah makin meningkat, lihatlah pada tahun 2005 jumlah kes jenayah ialah 157,459 kes, manakala pada tahun 2006 terdapat 198,622 kes jenayah yang berlaku dan pada tahun 2007berlaku 209,598 kes. Indeks ini menunjukkan bahawa jenayah dibawah slogan Islam Hadhari semakin meningkat

Sepatutnya bila bawa islam (Hadhari) segala-galanya akan berkurangan, sosial bertambah baik, kemungkaran berkurangan, kehidupan rakyat selesa dan kadar jenayah menurun, tetapi segala-galanya tidak berlaku, bahkan makin bertambah dengan kehilangan adik sharlinie, adik asmawi dan terbaru rompakan di KLIA.

Walaupun menampakkan kegagalan, pihak pemerintah tetap tidak mahu kembali kepada Islam yang datangnya dari Allah SWT. Lalu Allah menghina kita dengan jenayah-jenayah diatas. Saidina Umar R.anhu berkata “Kita adalah satu kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, Maka sesiapa dikalangan kita yang mencari kemuliaan dengan selain daripada Islam maka kita akan dihina oleh Allah.


Wassalam… 11042008110pm.

( Fakta-kakta diambil dalam laman web PDRM)

No comments: