Sunday, April 20, 2008

Sekitar Mesyuarat Agung Dewan Pemuda Pas Kawasan Jerantut



TERUSKAN JIHAD DAN BERISTIQAMAH...

"Kedatangan RasuluLlah SAW adalah untuk menyelamatkan ummatnya dari neraka dengan tiga perkara iaitu beriman kepada Allah SWT, beriman kepada Rasul dan berjihad pada jalan Allah." Itulah ingatan Ust Shahril Azman Abdul Halim ketika merasmikan Mesyuarat Dewan Pemuda Pas Kawasan Jerantut kali- 21.

Tegas beliau lagi "Faedah melaksanakan tugas jihad ini, dosa akan diampunkan oleh Allah SWT, diantara sebab dosa kita diampunkan oleh Allah SWT ialah kerana meletihkan diri untuk islam."

Shahril yang juga Exco Dewan Pemuda Pas Pahang, telah menggariskan kepada perwakilanpemuda tentang tiga perkara utama untuk mencipta gelombang kebangkitan ummah untuk menolak BN, iaitu kempen orang masuk Pas, mesti tarbiyyah mereka yang masuk Pas dan perlu memperkasakan parti disetiap cawangan ( iaitu disetiap cawangan perlu ada organisasi pemuda).

Katanya lagi, "Tujuan kita memperkasakan parti disetiap cawangan disebabkan kita berhadapan dengan cabaran yang besar iaitu bagaimana kita nak mengekalkan undi orang bukan islam? dan bagaimana untuk kita raih undi orang melayu?.





ROZI BIN YAAKOB-WAKIL PEMUDA DUN PULAU TAWAR

" Saya ucapkan terima kasih kepada pemuda-pemuda dan Dewan Pemuda Kawasan yang membantu Pas Dun Pulau Tawar dalam pilihanraya yang lalu. Walaupun kita kalah, perjuangan hendaklah diteruskan untuk meninggikan agama Allah. Kita kena faham, apabila kita duduk dalam jemaah islam, kita adalah tentera Allah"





ZAIDI BIN ABIDIN- WAKIL PEMUDA DUN TAHAN
"Saya mengucapkan terima kasih kepada Pas Kawasan Jerantut, kerana banyak membantu kami di DUN Tahan. Saya sarankan disetiap kampung ada cawangan dan organisasi pemuda, apabila tidak ada cawangan dikawasan kampung, maka UMNO akan berbuat sesuka hati mereka:"




HAIZAM BIN IBRAHIM-WAKIL PEMUDA DUN DAMAK
"Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pemuda-pemuda yang bekerja keras untuk pilihanraya umum yang lepas. Pemuda juga hendaklah memasyarakatkan diri untuk menawan hati penyokong Umno".
PERWAKILAN YANG HADIR KE MESYUARAT DPPK JERANTUT

KETUA DPPK JERANTUT MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA AL-FADHIL UST SHAHRIL AZMAN SEBAGAI PERASMI MESYUARAT AGUNG

2 comments:

Zulkefli Bin Mohamad said...

Assalamualaikum... Ust ana dah cuba nak jadi blogger...cuba masuk sini http://www.berenjut.blogspot.com/

- NAMA : Fadhli Bin Ibrahim said...

SEMOGA MENJADI BLOGGER YANG BERJAYA KEPADA ABG ZUL