Tuesday, April 29, 2008

Pemimpin UMNO...dari ateh sampei bawoh, same ajee

UMNO seperti ketam yang mengajar anak berjalan lurus

Sikap tidak beradab yang ditunjukkan oleh Timb. Menteri Kesihatan Dato’ Dr Abdul Latiff Ahmad sebenarnya boleh menjatuhkan maruah dirinya dan parti yang didokonginya. Ianya berlaku di majlis mengangkat sumpah di parlimen, peraturan yang ditetapkan kepada mana-mana ahli parlimen yang mengangkat sumpah mestilah mengangkat tangan mereka semasa mengangkat sumpah dihadapan Speaker Dewan.Tetapi timb. Menteri ini tidak berbuat demikian.

Sedangkan kerajaan sering menghantar staff-staff mereka berkrusus, mengadakan motivasi, dan kadang-kadang berkampung di kawasan BTN (Biro Tata Negara). Mereka ini didedahkan dengan pelbagai bentuk modul supaya mereka menjadi orang yang bertanggungjawab, berdisiplin dan mampu bekerja dengan cemerlang.

Tetapi dengan peristiwa yang berlaku di parlimen ini menggambarkan Yb Dr Abdul Latiff seperti seekor ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sekiranya pemimpin di peringkat tertinggi bersikap biadap, maka orang bawahan akan ikut serta sebagai mana yang disebut kepada kita “ Bahawa manusia itu akan mengikut cara hidup pemerintah-pemerintah mereka”.

Ini terbukti apabila sikap biadap yang ditunjukkan oleh Adun Kijal (Ahmad Said) dengan mengajak Wakil Pas dari Wakaf Mempelam (Mohd Abdul Wahid Endut) bertumbuk didalam Dewan Undangan Negeri Terengganu. Bukan Pas yang memulakannya.

Begitu juga di dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan tahun lalu, yang memulakan kekecohan bermula dari wakil Umno Adun Paloh (Nozula Mat Diah), apabila beliau bangkit dan menerpa ke tempat Adun Kelaboran (Mohd Zaki Ibrahim).

Rakyat bawahan tidak melihat dan mendengar berita percuma ini secara semborono sahaja, mereka melihat pemimpin tertinggi tidak mengikut arahan, maka mereka juga mengabil kesempatan untuk berbuat demikian.

Ini terbukti berlaku di kawasan saya yang boleh dikategorikan kawasan pendalaman iaitu salah seorang Wanita Umno Jerantut yang juga guru disebuah sekolah kebangsaan yang berada didalam DUN Tahan Jerantut, tidak masuk kerja tanpa mengisi borang cuti sewaktu berkempen sebelum pilihanraya ke-12.

Walaupun kes ini dilihat tidak seberapa, tetapi kita dapat lihat bahawa anak ketam tetap berjalan seperti ibunya, sekalipun ibunya mengajar supaya anak ketam itu berjalan lurus.

Hakikatnya kalau pemimpin tertinggi kurang ajar dan tidak berdisiplin, maka yang bawah pun sama je…

3 comments:

Anonymous said...

Umno ..sama jer mana?... Undang undang yang puak dia lulus hanya utk orang lain jer....dia lawan undang-undang sokmo... jenis orang utan....

Fadhli bin Ibrahim said...

takbiir....bilaaa nak balik darat..?

Anonymous said...

Hari Selasa nie Insyallah...address mail ana zulkem@petronas.com.my atau purnama14@mymasjid.com.my