Tuesday, November 25, 2008

BANTUAN KEWANGAN KEPADA SAUDARI SEISLAM DAN OKU



Lebih kurang jam 6.15pm saya, Ust Suhaimi Md Saad (Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Pahang), Sdr Yusri (AJK Dewan Pemuda Pas Kawasan Indera Mahkota) dan beberapa orang sahabat lagi berkunjung ke rumah seorang saudari baru yang juga OKU iaitu Sdri Norhaslina Marry di Taman LKNP Bukit Setongkol Kuantan.

Sekarang beliau tinggal bersama dengan ibunya yang beragama kristian.Beliau mengidap penyakit Folio yang menyebabkan sukar untuk beliau berjalan, dengan penyakit yang dihadapinya itu beliau tidak pernah berputus asa dari menuntut ilmu agama di kelas-kelas pengajian dan kuliah-kuliah yang diadakan di sekitar itu.

Untuk meringankan bebanan yang dihadapinya, Dewan Pemuda Pas Pahang telah menyumbangkan sebuah kerusi roda dan bantuan kewangan kepada beliau.

Saya sebagai Pengerusi Lajnah Dakwah & Pembelaan Islam Dewan Pemuda Pas Pahang mengharapkan kepada sahabat-sahabat, muslimin dan muslimat, ikhwah dan akhawat dapatlah membantu saudari Norhaslina marry ini.

Kepada sahabat-sahabat bolehlah menghulurkan derma terus kepada beliau melalui Bank Simpanan Nasional di no akaun : 06116-29-83918374-4. Alamat rumah : No 22, Lorong 68, Taman LKNP, Bukit Setongkol, 25150 Kuantan, Pahang.
Segala bentuk pertanyaan bolehlah menghubungi : 1) Ust. Suhaimi Md Saad - 0199319231. 2) Ust. Fadhli Ibrahim - 0199111163.

No comments: