Sunday, November 30, 2008

UJAN NABI IBRAHIM DALAM MEPERTAHANKAN AQIDAH ADALAH UJIAN PEJUANG ISLAM SEPANJANG ZAMAN


Seharusnya mukmin yang memperjuangkan agama Allah mengingati sejarah Nabi Ibrahim A.s dan perjuangannya.Tidak sepatutnya kita hanya mengingati sejarah tawaf, saie dan melontar jamrah yang bermula dari kerja Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Nabi Ismail sahaja. Tetapi perlu ditoleh sama perjuangan Nabi Ibrahim dalam mempertahkan aqidah agamanya. Firman Allah SWT:

ألم تر إلى الذي حاج إبراهيم في ربه أن أتاه الله الملك إذ قال إبراهيم ربي الذى يحي ويميت قال أنا أحى وأميت قال إبراهيم فإن الله يأتى بالشمس من المشرق فأت بها من المغرب فبهت الذي كفر والله لا يهدي القوم الظلمين
Maksudnya :Tidakkah Engkau (pelik) memikirkan (Wahai Muhammad) tentang orang Yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu Kuasa pemerintahan? ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan". ia menjawab: "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah Dia dari barat?" maka tercenganglah orang Yang kafir itu (lalu diam membisu). dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum Yang zalim. (Al-Baqarah 258 ).

Nabi Ibrahim A.s yang mempertahankan agama Allah SWT terpaksa berhadapan dengan pelbagai pahit maung ujian yang menyanyat hati. Apabila beliau terpaksa :

1) Berhadapan dengan bapa.
Firman Allah SWT :
أراغب أنت عن ألهتى يا إبراهيم لئن لم تنته لأرجمنك واهجرنى مليا
Maksudnya: (Bapanya) menjawab: "Patutkah Engkau bencikan tuhan-tuhanku, Wahai Ibrahim? Demi Sesungguhnya jika Engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati daku sudah tentu Aku akan meluntarmu Dengan batu; dan (ingatlah lebih baik) Engkau tinggalkan daku sepanjang masa".( Maryam 46)

2) Berhadapan dengan kaumnya.
Firman Allah SWT:
لقد كان لكم أسوة حسنة فى إبراهيم والذين معه إذ قالوا لقومهم أنا براؤا منكم
ومما تعبدون
Maksudnya: Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya - contoh ikutan Yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar): "Sesungguhnya Kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa Yang kamu sembah Yang lain dari Allah. (Mumtahanah 4).

3) Meninggalkan anak dan isteri.
Firman Allah SWT :
ربنا إنى أسكنت من ذريتى بواد غير ذي زرع عند بيتك المحرم
Maksudnya :"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah suci Makkah) Yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahmu Yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (Mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya Dengan ibadat). oleh itu, Jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur. ( Ibrahim 37 )

4) Penyembelihan Ismail A.s
Firman Allah SWT:
قال يا بنى إنى أرى فى المنام إنى أذبحك فانظر ماذا ترى قال يا أبت افعل ما تؤمر
ستجدنى إن شاء الله من الصابرين
Maksudnya Maka ketika Anaknya itu sampai (ke peringkat umur Yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat Dalam mimpi Bahawa Aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa Yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang Yang sabar".( as-Shaffat 102)

Inilah ujian-ujian yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim A.s, begitulah sunnatullah yang akan dihadapi oleh pejuang-pejuang islam sepanjang zaman didalam menegakkan agama Allah SWT.

Oleh itu bagi para pejuang agama Allah SWT, perlulah mempersiapkan diri dengan bekalan yang iman mantap supaya kita dapat mengharungi mehnah yang terbentang luas dihadapan kita ini. Apabila iman lemah, percayalah kita tidak akan mampu untuk mengharungi ujian-ujian yang telah dibentangkan oleh Allah SWT dan kita akan menjadi orang yang gugur di tengah jalan dakwah.


Wallahu A’lam
301120080853pm


No comments: