Sunday, November 9, 2008

UMNO DAN RASUAH BAGAIKAN KENTUT DENGAN TAHI


Pengerusi Lembaga disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail meminta pucuk pimpinan parti itu supaya menyelamatkan parti itu daripada kehancuran berikutan berleluasanya politik wang pada pemilihan sekarang. Kenyataan ini dikeluarkan setelah beliau menerima 900 aduan tentang rasuah yang berlaku.

Beliau juga berkata, masalah utama dalam membanteras politik wang dalam UMNO kini ialah gejala buruk tersebut telah diterima oleh sebahagian besar ahli parti itu dan sudah menjadi satu bentuk budaya. ( utusan malaysia 8 / 10 / 2008 )

Begitulah sebenarnya yang berlaku kepada UMNO,barah rasuah ini sudah sebati dengan perjuangan mereka, bak kata pepatah bagaikan aur dengan tebing, seperti irama dan lagu, isi dan kuku dan seperti kentut dengan tahi.

Matlamat perjuangan mereka untuk membela agama, bangsa dan Negara entah kemana, yang penting bagi mereka ialah jawatan, yang boleh memberikan keuntungan yang lumayan apabila mereka berada disuatu posisi perjawatan yang mereka idamkan.

Agama Islam yang yang dianuti oleh penyokong dan pendokong PAS dan juga dianuti oleh penyokong dan pendokong UMNO telah mengharamkan perbuatan rasuah ini. Mungkin pemimpin-pemimpin UMNO bertanya mana dalilnya.
Allah SWT berfirman
ولا تأكلوا أموالكم بينكم بالباطل وتدلوا بها إلى الحكام لتأكلوا فريقا من الأموال
الناس بالإثم وأنتم تعلمون
Maksudnya: Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu Dengan jalan Yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia Dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). (Al-Baqarah 188)

Firman Allah SWT :
سماعون للكذب أكّلون للسحت
Maksudnya: Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan Segala Yang haram (rasuah dan sebagainya. (Al-Maa’idah 43)

Berkata Ibn Mas’ud : (السحت الرشوة ) As-suht itu rasuah
[1].

Disebut didalam kitab Tafsit As-Tha’alaby Al-Mausum Bi Jawahiril Hasan Fi Tafsiril Quran.( Jilid 1, Muka surat 463 ) bahawa As-Suht ialah setiap harta yang diusahakannya dengan cara tidak halal.

Sabda Nabi SAW:
عن أبى هريرة رضى الله عنه قال: لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم
الراشى والمرتشى


Sabda Nabi SAW: Daripada Abu Hurairah R.anhu berkata: RasuluLlah SAW melaknat pemberi dan penerima rasuah.
[2]

Jelaslah selama ini pendokong dan penyokong UMNO berselindung disebalik Agama sebagai benteng untuk mengukuhkan parti mereka. Sekiranya ikhlas mereka cinta kepada islam, nescaya mereka akan meninggalkan kerja terkutuk ini

BUAT PEJUANG-PEJUANG ISLAM…

Tempoh kempen pemilihan UMNO sehingga awal Mac ini. Bermakna makin panjanglah tempoh mereka bercakaran sesama sendiri dan makin banyaklah kerja-kerja haram rasuah ini akan berleluasa. Maka inilah tanda-tanda kehancuran UMNO.

Allah SWT telah menghancurkan penentang Nabi Nuh A.s dengan taufan dan banjir besar, penentang Nabi Luth A.s telah dimusnahkan oleh Allah dengan dilingkupkan bumi keatas mereka dan Penentang Nabi Musa, firaun dan pengikut-pengikutnya ditenggelamkan kedalam laut.

Tetapi kehancuran yang berlaku kepada penentang Nabi Muhammad melalui dua cara sebagaimana yang disebutkan oleh allah SWT didalam Al-quran.

Firman Allah SWT:
يخربون بيوتهم بأيديهم وبأيدى المؤمنين
Maksudnya: Mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan-tangan mereka sendiri (dari dalam) dan dengan tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka dari luar).( Al-Hasyr 2)

Iaitu mereka meruntuhkan kekuasaan
[3] mereka, organisasi mereka dengan tangan mereka sendiri dan juga dengan usaha tangan-tangan orang yang beriman.

Fahamlah kita, bahawa rasuah yang berlaku didalam Parti UMNO kini adalah proses menghancurkan UMNO yang mereka lakukan dengan tangan mereka sendiri. Kemudian kehancuran parti mereka ialah dengan tangan-tangan orang yang beriman. Lalu kita yang menyertai parti yang mendokong arahan Allah SWT, parti yang memperjuangkan agama Allah SWT perlulah bekerja kuat untuk menjatuhkan parti mereka

Mereka sebenarnya telah membantu kita untuk meruntuhkan parti mereka..

Wallahu Aklam
091020080836pm


[1] Tafsir At-Tabari. Jld 4. M/s 579
[2] Riwayat Ahmad. Jld 2. M/s 382. At-Tarmizi. Jld 3. M/s 622. Al-Hakim. Jld 4.M/s 103 dan Ibn Hibban Jld 11.M/s 467
[3] Rumah didalam ayat diatas dimaksudkan dengan kekuasaan,organisasi dll.

No comments: