Wednesday, December 17, 2008

APA NAK JADI DENGAN ENCIK AKIL NI ?


“Untuk majlis ceramah dan motivasi saya masih mengenakan pakaian serban, ketayap dan jubah. Begitupun, untuk majlis komersial penampilan saya mungkin berbeza sedikit kerana tidak mahu menimbulkan persepsi masyarakat terhadap individu bergelar ustaz. Mentaliti masyarakat kita menganggap ustaz hanya berada di masjid dan belajar di sekolah pondok.

Sebagai pendakwah dan artis saya memainkan peranan berbeza. Soal mabuk glamor tidak timbul. Glamor itu penting bagi pendakwah. Kalau orang tidak mengenali kita bagaimana hendak berdakwah? Glamor bagaikan tarikan kepada masyarakat untuk mendengar ceramah atau dakwah.“Orang kenal Ustaz Nik Aziz, Ustaz Harun Din dan Ustazah Siti Norbahyah. ( My Metro 18 Dec 2008 )
Hairan :
  • Hairan...kenapa tak ubah persepsi masyarakat bahawa ustaz atau tokguru bukan sahaja berada di masjid atau pondok. Akil Hayy hanya berjaya mengubah minda orang ramai bahawa seorang ustaz itu boleh jadi ustaz rock sahaja.sedangkan Tokguru nik Aziz bukan setakat tokguru tapi mampu mentadbir, tapi tetap dengan serbannya.
  • Glamour itu penting bagi pendakwah ? :Biarlah kita dikenali melalui ilmu dan akhlaq kita. Glamour mengejar tokguru Nik Aziz, Dr Harun Din dll dengan sebab ilmu mereka.Tapi Tokguru tak kejar glamour.
  • Sepatutnya diwaktu kerosakan sosial inilah kita beramal dengan sunnah Rasulullah SAW sebagaimana sabdanya : "Sesiapa yang beramal dengan sunnahku ketika berlakunya kerosakan dikalangan ummatku maka baginya 100 pahala mati syahid."
  • Nak basuh tong tahi, jangan masuk dalam tong tahi....nanti dengan kita-kita sekali bau tahi.

2 comments:

Nama: Khairul Azmi Ismail Al-Muqry said...

Ada dlm hadis menyebut (mafhumnya) ada org alim yg masuk neraka kerana mengajar bertujuan supaya mendapat gelaran alim (gelaran tak guru pun samalah)
Tak salah seseorang glamour tapi jgn dicari.
tak salah org beri penghormatan tapi jgn inginkan penghormatan.
fikirkanlah dan renungkan.

ZAQISYA said...

tak heran pun....saya pernah tgk akil beri ceramah untuk PAS....sama jer 2 x 5