Akhir-akhir ini nampak gayanya pemimpin-pemimpin UMNO diperingkat negeri dah mula pandai berdemontrasi, kononnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak yang diketuai oleh YAB Ir Nizar Jamaluddin durhaka terhadap titah dari sultan.
Bernama hari ini melapurkan “500 anggota Gerakan Belia 4B Melaka dan Pergerakan Pemuda Umno Melaka mengadakan perhimpunan aman membantah tindakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat menghina kedaulatan Sultan Perak Sultan Azlan Shah. “
Manakala dalam Utusan Malaysia pula Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dato’ Hisyamuddin Hussein memberi amaran kepada pihak- pihak tertentu supaya tidak melakukan tindakan yang boleh menjatuhkan martabat, maruah dan kedudukan raja-raja.

Sebenarnya Dato’ Hisyamuddin Hussein ni jenis melayu mudah lupa dalam masa yang sama mengambil kesempatan diair yang keruh yang sebenarnya dimulakan oleh UMNO dan BN.
Hisyamuddin, gerakan belia 4B Melaka dan pimpinan-pimpinan UMNO kena ingat, orang yang pertama menjatuhkan martabat, maruah dan kedudukan raja-raja ialah Presiden UMNO sendiri yang memerintah Malaysia selama 22 tahun iaitu Dr Mahathir Muhammad apabila beliau mencabut kekebalan raja-raja.Adakah pimpinan UMNO tak ingat ? Pada masa itu, mana kelibat pemimpin UMNO untuk menyanggah perbuatan Dr Mahathir ? Dimana Dato’ Sri Najib Tun Razak pada masa itu ? Dato’ Hisyamuddin ? kemana ketegasan kamu pada masa itu ?
Kemudian selepas pilihanraya umum yang lalu, Perdana Menteri, TPM dan 23 ADUN Terengganu juga mempertikaikan kehendak sultan Terengganu semasa perlantikan menteri besar Terengganu. Kenapa tidak ada dikalangan pemimpin UMNO yang berdemontrasi kerana PM, TPM dan 23 ADUN itu durhaka dan sanggah terhadap keputusan sultan.?
Rakyat Terengganu dari Besut juga datang ke Kuala Terengganu berdemontrasi kerana tidak berpuas hati Idris Jusoh (ADUN JERTEH,BESUT) tidak dilantik sebagai Menteri Besar, ada dikalangan mereka yang membawa kain rentang “ KAMI NAK DERIS NATANG “ (natang dirujuk kepada sultan). Orang-orang ini dicari sehingga ke Besut. Tetapi kenapa tidak mendakwa PM, TPM dan 23 ADUN yang engkar terhadap kehendak sultan.?
No comments:
Post a Comment