Friday, April 3, 2009

BEBAS TAHANAN ISA DAN BERI PERMIT HARAKAH...MARUAH NAJIB MASIH BELUM PULIH

Malaysiakini melaporkan bahawa 13 orang tahanan ISA dibebaskan manakala akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang sebelum ini digantung selama tiga bulan telah ditarik balik serta merta pada malam ini.Tahniah diucapkan kepada Dato’ Sri Najib Perdana Menteri keenam diatas tindakan yang diambil.

Dato’ Najib perlu ingat bahawa dengan membebaskan 13 tahanan ISA dan mengembalikan permit Harakah dan Suara Keadilan masih lagi belum dapat mengembalikan keyakinan rakyat kepada pihak pemerintah.

Rakyat akan mengambil masa untuk menilai dengan lebih teliti lagi terhadap kerajaan baru ini sebelum mereka letakkan markah, samada kerajaan ini baik atau jahat. Memang sudah menjadi kelaziman kepada PM sebelum dari ini, mereka akan berusaha menawan dan memikat hati rakyat supaya rakyat dapat menyokong mereka. Tun Abdullah Ahmad Badawi, semasa ditabal sebagai PM ke-5 dulu pun begitu juga, beliau mengemukakan ISLAM HADHARI.

Saya ingatkan PM, sekiranya mahu kerajaan Malaysia ini terus bermaruah, beliau perlulah memulihkan imejnya terlebih dahulu.Beliau perlu buktikan bahawa beliau tidak bersalah dalam kes Altantuya yang membabitkan nama beliau. Najib juga perlu membuktikan yang beliau tidak terlibat dalam menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Fadhol Ismail (Gambar) dari Kg Bukit Cempaka,Batu Rakit menegaskan bahawa “Dengan pembebasan keatas 13 orang tahanan ISA dan mengembalikan permit harakah dan suara keadilan ini,Dato’ Najib nak gambarkan bahawa dinasti pemerintahan Pak Lah zalim, sedangkan dizaman pemerintahannya belum sampai sehari, beliau dapat mengembalikan hak dan kebebasan media.Bermakna beliaulah lebih baik dari Pak Lah.

Dalam masa yang sama juga sebenarnya Najib yang baru dinobatkan sebagai PM tertekan dengan pilihanraya kecil pada hari ini.Sekiranya kalah bermakna maruahnya akan tercalar dan orang akan mengatakan UMNO lemah dizaman Najib.Dengan sebab itulah beliau terpaksa melepaskan 13 tahanan ISA dan diberikan permit terhadap akhbar harakah dan suara keadilan”.Jelasnya.

Walau apapun kita jangan terpedaya dan tertipu dengan umpan yang dicampakkan oleh Najib ini.

No comments: