Thursday, April 2, 2009

MENUNGGU TENTERA YANG TAK DAPAT DILIHAT MEMBANTU DI BKT GANTANG


Sekali lagi PAS mengambil bahagian dalam pilihanraya kecil di Bukit Gantang setelah meraih kemenangan di kerusi Parlimen Kuala Terengganu beberapa bulan yang lalu.

PAS yang tidak pernah meninggal islam sebagai dasar perjuangannya terus melangkah gagah mara kehadapan, menyebabkan UMNO/BN merasa perit untuk berhadapan dengannya dalam pilihanraya kecil. Sementelah dilihat sokongan moral yang ditunjukkan oleh pendokong-pendokong dan penyokong-penyokong pakatan rakyat dalam penamaan calon baru-baru ini membuatkan mereka serba salah.

UMNO/BN sekali lagi melalui jalan sukar untuk berhadapan dengan PAS,apabila kaum India dan cina tidak lagi menyebelahi mereka. Kaum India dan cina sudah mula memahami perjuangan yang dibawa oleh PAS.Kezaliman dan kejahatan UMNO/BN terhadap rakyat menjadi bualan mereka sekarang ini.

Dalam situasi ini, Pendokong dan penyokong Pakatan rakyat khususnya PAS jangan menarik nafas lega dengan perubahan yang berlaku, selain dari gerak kerja dan strategi yang dijalankan, solat hajat,qiamullail dan memohon doa kepada yang maha agung perlu diteruskan.Janganlah kita jadikan dengan “perubahan zaman yang semakin moden, orang cina dan India dah berbalik kepada kita” untuk kita tinggalkan amalan yang telah ditarbiyyah oleh pimpinan kita sejak puluhan tahun dahulu.

Itulah jalan-jalan yang boleh mendekatkan diri kita dengan Allah SWT dan penyebab Allah SWT menolong perjuangan suci ini dengan bantuan tentera-tenteranya. Lihatlah:

1. Allah SWT menurunkan tenteranya semasa beliau berada di gua thur. Firman Allah SWT:
وإن أوهن البيوت لبيت العنكبوت لو كانوا يعلمون
Maksudnya: Sesungguhnya sarang-sarang Yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang Yang berpengetahuan.(Ankabut 41).

2. Allah SWT menurunkan malaikat sebanyak bintang dilangit untuk membantu Nabi SAW. Firman Allah SWT:
إذ يوحي ربك إلى الملائكة أني معكم فثبتوا الذين أمنوا سألقى في قلوب الذين كفروا الرعب فاضربوا فوق الأعناق واضربوا منهم كل بنان
Maksudnya:(ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka Tetapkanlah (hati) orang-orang Yang beriman. Aku akan mengisi hati orang-orang Yang kafir Dengan perasaan gerun; oleh itu, pancunglah leher mereka (musuh) dan potonglah tiap-tiap anggota mereka". (Al-Anfaal 12 )

3. Allah SWT menurunkan tenteranya berupa angin rebut dan malaikat didalam peperangan ahzab. Firman Allah SWT:
ياأيها الذين أمنوا أذكروا نعمة الله عليكم إذ جاءتكم جنود فأرسلنا عليهم ريحا وجنودا لم تروها وكان الله بما تعملون بصيرا
Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman, Kenangkanlah nikmat Allah Yang dilimpahkanNya kepada kamu. semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) Yang kamu tidak dapat melihatnya. dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa Yang kamu lakukan. (Al-Ahzab 9)

Tentera-tentera yang tidak dapat dilihat ini akan muncul membantu perjuangan yang menegakkan syariat Allah SWT apabila kita mendampingi diri dengan Allah SWT. Tentera-tentera ini sudah pastinya tak kunjung tiba apabila pendokong-pendokong tidak mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Justeru, selain dari perancangan yang kita lakukan, strategi yang kita kemukakan, kemahiran dan pengalaman yang begitu banyak belum tentu dapat mengalahkan musuh bernama UMNO selagi agenda tarbiyyah seperti qiamullail, solat hajat dan doa tidak mengiringi kita dalam melaksanakan tugas yang suci ini.

No comments: