Wednesday, April 8, 2009

ERA PILIHANRAYA KECIL... PUAKA BUAT UMNO

Pakatan Rakyat berjaya meraih kemenangan di Bukit Gantang dengan majoriti 2789 undi manakala di Bukit Selambau S.Manikumar mendapat majoriti 2403 undi.Ini memberi signal awal kepada UMNO / BN bahawa dimana-mana sekarang rakyat sedang menolak mereka.

Sekarang UMNO/ BN seperti cacing kepanasan dan pilihanraya kecil menjadi puaka buat UMNO.Rakyat yang mereka tarbiyah supaya sehidup dan semati dengan mereka diera Tunku Abdul Rahman Putra Al-Hajj kebanyakannya telah pupus ditelan zaman.Hanya tinggal beberapa kerat sahaja lagi itupun dah ada yang menyertai pakatan rakyat.

Pelbagai alasan yang lucu dikemukakan oleh mereka-mereka yang condong kepada BN

Timb. Presiden UMNO yang baru Tan Sri Muhyiddin Yasin menyatakan kekalahan BN di Bkt Gantang kerana perubahan kepimpinan belum menyerap kedalam jiwa rakyat.

Jawapannya cukup mudah, perubahan kepimpinan dalam UMNO sampai bila-bila takkan menyerap kedalam jiwa rakyat sekiranya orang yang bakal memimp-in mereka masih lagi terpalit dengan rasuah,jenayah dan kronisme. Pengundi sudah bosan dengan janji-janji yang sering ditabur ketika menjelang pilihanraya.

Lihatlah bagaimana pengundi di Changkat Jering disogokkan dengan sebuah basikal dan wang sebanyak RM300 seorang tetapi mereka tetap memilih pakatan rakyat.Ini menandakan rakyat sudah matang.

Rakyat negeri Perak masih lagi belum dapat mengampun dosa UMNO/ BN yang merampas negeri itu dari tangan Pakatan Rakyat secara kotor.Bayangkan rakyat dari pelbagai kaum samada melayu,cina dan India cukup selesa berada dibawah kepimpinan Yb Ir Nizar, segala bentuk kebajikan mereka telah dijaga yang selama ini terabai.

Rakyat menjadi marah kepada UMNO/BN dan bersimpati terhadap Pakatan Rakyat setelah mereka dapat menilai kerajaan yang dipimpin oleh BN dan Kerajaan yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat.Mereka bangkit protes UMNO/BN dengan kertas undi.

Pada pilihanraya kecil kali ini juga memperlihatkan bagaimana gandingan Najib dan Muhyiddin lemah. Muhyiddin yang diberi amanah untuk mengepalai pilihanraya kecil di Bukit Gantang nyata tidak bermaya untuk berhadapan dengan kuasa rakyat yang dibantu oleh Allah SWT sehingga majoriti meningkat. Perancangan mereka membawa masuk pengundi hantu pun disekat.

Mungkin Muhyiddin masih lagi kekok dengan selok belok politik PM yang baru ini, kerana politik Muhyiddin hanya mungkin setakat politik wang sahaja berbanding dengan Najib yang jauh maju ke depan dengan menggunakan politik C4.

Ini bermakna perubahan pucuk kepimpinan UMNO kali ini adalah tanda-tanda penghujungnya nyawa UMNO/BN.

No comments: