Wednesday, June 24, 2009

H1N1 DAN MASYARAKAT BABI - SIRI 1


Malaysiakini.com melaporkan bahawa setakat ini 80 kes H1N1 telah merebak ke Negara kita.Virus ini juga disebut sebagai selsema babi.Tidakkah saudara-saudara sekelian terfikir kemanakah virus ini akan melanda? Jawabnya virus ini akan melanda ke Negara yang mempunyai masyarakat babi.Kerana masyarakat yang beriman akan dilimpahkan keberkatan kepada mereka.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MASYARAKAT BABI ?
Firman Allah SWT:
قل هل أنبئكم بشرٍّ من ذلك مثوبة عند الله من لّعنه الله وغضب عليه وجعل منهم القردة
والخنازير وعبد الطغوت أولئك شرّ مكانا وأضلّ عن سواء السبيل
Maksudnya: Katakanlah: "Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu tentang Yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada Yang demikian itu? ialah orang-orang Yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya, dan orang-orang Yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi, dan penyembah Taghut. mereka Inilah Yang lebih buruk kedudukannya dan Yang lebih sesat dari jalan Yang betul".( Al-Ma’idah 60 ).

PANDANGAN ULAMA’ ULAMA’ TAFSIR TENTANG AYAT INI.

1. Sheikh Dr Wahbah Az-Zuhaily

Ayat ini diturunkan disebabkan sikap golongan yahudi di Madinah yang mempersenda-sendakan orang-orang islam, semata-mata kerana mereka beriman kepada Allah dan rasulnya dan juga rasul-rasul sebelumnya.Mereka menganggap agama islam adalah agama yang jahat.

Allah SWT menempelak golongan yahudi ini dengan mengemukakan kisah masyarakat yahudi dizaman silam,yang telah dilaknat dan dimurkai oleh Allah SWT, kerana masyarakat mereka sebenarnya adalah masyarakat yang jahat.Bukan sahaja Allah SWT menukar kejadian mereka menjadi babi dan kera malah menjadikan sebahagian dari mereka menyembah taghut iaitu sesuatu yang lain daripada Allah SWT.

2. Dr Muhammad Mahmud Hijazi

Ketika mentafsirkan ayat 60 dari surah Al-Maidah, Dr Mahmud menjelaskan orang-orang yahudi suka mengejek-ngejek agama islam dengan menganggap agama islam agama yang buruk.Al-Quran menjelaskan akibat yang dialami oleh masyarakat yahudi terdahulu.Ada diantara mereka yang ditukar menjadi kera dan babi.Mereka ini sebenarnya lebih buruk dan lebih menyeleweng dari jalan yang benar.

3. Imam Fakhrur Razi

Ketika mengulas ayat 60 dari surah Al-Maidah, Imam Fakhrur Razi menjelaskan Allah menerangkan beberapa sifat golongan yahudi.Mereka dilaknat oleh Allah SWT dan dimurkai olehnya. Allah juga menjadikan mereka kera-kera dan babi-babi dan menyembah taghut.

Ahli tafsir menyatakan yang menjadi kera ialah golongan yang menangkap ikan pada hari sabtu, manakala yang menjadi babi pula ialah golongan kufur kepada Nabi Allah Isa A.s setelah mereka memperolehi hidangan daripada langit. Diriwayatkan juga golongan yang menangkap ikan pada hari sabtu diubah kepada dua rupa bentuk.Pertama dalam bentuk kera bagi remaja dan rupa bentuk babi bagi golongan tua.

4. Imam Al-Buruswi

Penduduk Bandar Ailah yang berjumlah lebih 70,000 orang berpecah menjadi 3 golongan.Satu golongan mengambil sikap tidak melibatkan diri dengan golongan yang melanggar perintah Allah itu, malah mereka melarang golongan tersebut dari menangkap ikan pada hari sabtu.

Golongan kedua mengambil sikap tidak melibatkan diri dan tidak pula mencegah golongan lain berbuat demikian.Manakala golongan yang ketiga melanggar secara terang-terangan larangan menangkap ikan pada hari sabtu.Golongan yang menegah berjumlah 12,000 orang.

Oleh kerana golongan yang ketiga tidak mendengar dan mematuhi larangan golongan yang pertama, Allah SWT menukar mereka serta merta menjadi kera yang hina dina.

Nabi Daud A.s melaknat mereka,manakala Allah SWT memurkai mereka kerana sikap mereka yang berterusan melakukan maksiat.Kesemua golongan yang durhaka itu bertukar bentuk menjadi binatang pada satu malam sahaja.Apabila keesokan harinya golongan yang menegah meninjau ke kawasan golongan yang menderhaka, tiba-tiba mereka dapati para remaja mereka telah menjadi kera manakala orang-orang tua mereka pula menjadi babi dengan ekor-ekor masing-masing melibas ke sana dan ke mari.

Kera-kera tadi mengenal keturunan mereka dari kalangan manusia,tetapi manusia tidak dapat mengenali mereka.Kera-kera itu mendekati keturunan mereka daripada kalangan manusia,sambil mencium pakaian mereka dan menangis.Apabila dikatakan kepada mereka “Bukankah kami telah melarang kamu dahulu dari menangkap ikan-ikan itu?”Binatang-binatang itu menganggukkan kepala, sambil air mata mereka mengalir ke pipi.

Ini menunjukkan walau rupa bentuk mereka berubah, namun mereka masih mempunyai daya kefahaman dan akal fikiran.Seterusnya Imam Sheikh Al-Buruswi menjelaskan bala ini adalah sebagai balasan keatas orang-orang yang tidak tahu menilai kebenaran dan ihsan ilahi kepadanya dan juga balasan orang yang mengkufuri nikmatnya.

Babi merupakan binatang yang suka memakan benda-benda kotor, kerana itu orang-orang yang suka memakan benda-benda kotor menurut kacamata syarak, akan bertukar hatinya menjadi hati yang kotor seperti hati babi juga.

BERSAMBUNG....

No comments: