Thursday, June 18, 2009

JEMAAH KITA SEDANG DIUJI...BERMUNAJATLAH KEPADA ALLAH

Pejuang-pejuang islam sekelian, jemaah kita sekarang berada dalam suasana fitnah yang amat membimbangkan.Samada ianya datang dari musuh tradisi kita atau dari kalangan kita sendiri.

Sekiranya fitnah ini datangnya dari musuh tradisi kita, kita tidak kisah kerana itulah kerja mereka siang dan malam untuk menghancurkan perjuangan suci ini. Tetapi kita tidak boleh menerima sekiranya fitnah ini adalah permainan yang dimainkan oleh sahabat seperjuangan kita,Alangkah pedihnya perasaan kita semua.....seolah-olah terasa ngilu kepedihan dilapah kulit oleh sebilah pisau yang tajam.

Saudara sekelian, sebagai ahli bawahan,untuk tidak mengeruhkan lagi suasana yang ada ini, sama-samalah kita berdoa kepada Allah SWT semoga gelombang fitnah ini reda dan kita terus dapat menumpukan usaha dakwah kita pada jalan Allah SWT.

Saudara, fitnah yang berlaku ini juga adalah salah satu ujian dari Allah SWT untuk menguji dan menapis siapakah pejuang-pejuang agamanya yang ikhlas.Sebagaimana firmannya :
أم حسبتم أن تدخلوا الجنّة ولمّا يأتكم مثل الذين من قبلكم مسّتهم البأساء والضرّاء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين أمنوا

معه متى نصر الله ألا إنّ نصر الله قريب
Maksudnya: Adakah patut kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti Yang telah berlaku kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang Yang beriman Yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). (Al-Baqarah 214 ).

Firman Allah SWT :
أم حسبتم أن تدخلوا الجنّة ولما يعلم الله الذين جهدوا منكم ويعلم الصبرين
Maksudnya :Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh ) diantara kamu.dan belum nyata (wuudnya) oang-orang yang sabar dikalangan kamu.(Ali-Imran 142 )

Setelah digoncang dan diuji, maka mereka-mereka yang ghairah mahukan pangkat, harta benda dan jawatan pasti akan gugur.

Saudara sekalian, Setelah Allah SWT menggoncang dan menguji mereka yang memperjuangkan agamanya, maka zahirlah siapakah sebenarnya mereka-mereka yang ikhlas memperjuangkan agamanya, mereka yang tidak ikhlas gugur dalam medan perjuangan. Diwaktu itu perjuangan akan bertambah mantap dan kuat bilamana perjuangan itu tadi digoncang dan diuji.

Imam As-Syafei RahimahuLlah telah ditanya oleh seorang lelaki. “Manakah yang lebih afdhal kepada seseorang,bahawa ia mempunyai kekuatan atau ia diuji? Jawab Imam As-Syafei “Tidak ada kekuatan sehinggalah ia diuji, kerana Allah SWT telah menguji Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Nabi Muhammad SAW ketikamana mereka itu sabar maka mereka medapat kekuatan.”

Justeru itu...sahabat-sahabat semua bersabarlah dengan isu yang melanda parti dan jemaah kita ini, jangan cepat melatah dan serahkanlah perkara ini kepada mereka yang layak menyelesaikannya.Jadikanlah ia suatu perkara yang akan mematangkan kita dalam perjuangan ini.

No comments: