Tuesday, June 16, 2009

KELEMAHAN KERAJAAN PAHANG, DIMANA WAKIL RAKYAT PR ?

( Artikel ini adalah dari Sdr Fadhli Mohd Ramly,Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Negeri Pahang.Saya selaku timbalannya merasa terpanggil untuk bersama-sama beliau dalam persoalan yang telah dikemukakannya )

Pelbagai isu dan kelemahan yang amat ketara kerajaan Pahang hari ini. Bermula dari perakuan audit kewangan negeri yang bertaraf muflis sehinggalah kepada tindakan sivil Mahkamah terhadap kerajaan negeri dan batang tubuh Menteri Besar Pahang yang kemudiannya diikuti siri-siri saman yang mengheret Kerajaan Negeri ke Mahkamah, kesemuanya memperlihatkan keupayaan negeri yang semakin diragui. Terkini, Kerajaan Negeri mengalami defisit berlanjutan dan angka defisit bagi 2009 sahaja berjumlah RM98.61juta!.
Ia bukan sahaja menghakis integriti sebuah kerajaan, tetapi juga amat jijik dan memalukan bagi kerajaan yang mendakwa mampu membawa kemajuan kepada rakyat dalam setiap manifesto pilihanrayanya.

Negeri Pahang umum mengetahui ianya adalah sebuah negara terkaya hasil mahsul sumber buminya apatah lagi sebagai sebuah negeri yang mempunyai lokaliti terbesar di Semenanjung tanahair. Tetapi semua ini hanya tinggal kenangan. Hasil pembalakan kini hanyalah sekadar statistik “atas kertas” yang pada hakikatnya dirakusi oleh golongan tertentu. Buktinya Writ Saman dan Penghakiman RM30 juta yang meningkat kepada RM63juta oleh sebuah syarikat persendirian terhadap kerajaan negeri.

Hujah Menteri Besar mudah, syarikat kerdil (yang diistilahkan sebagai syarikat RM2) tidak perlu dilayan sedangkan Mahkamah Persekutuan mengarahkan bayaran dibuat oleh kerajaan Pahang kepada syarikat kerdil tersebut. Sikap biadap, angkuh dan celaka Menteri Besar Pahang ini bukan sahaja memalukan institusi kehakiman negara ini, tetapi juga merendahkan maruah beliau sebagai seorang insan.
Bandingkan pula kerajaan Pulau Pinang yang disaman oleh sebuah syarikat dimana kerajaan tersebut diarahkan membayar sebanyak RM15 juta dan kerajaan Pulau Pinang bersetuju membuat bayaran yang akan diluluskan dalam Belanjawan Negeri yang akan datang. Diikuti pula tindakan perlaksanaan (execution) berbentuk tindakan menyita terhadap anak syarikat Kerajaan negeri.

Begitu juga saya mewakili 12 orang pembeli projek perumahan di Taman Rompin Permai oleh sebuah anak syarikat Kerajaan negeri iaitu PASDEC Corporation Sdn Bhd. Terbaru, kerajaan negeri berhadap saman berjuta ringgit oleh sebuah syarikat.

Kerajaan negeri juga kini terbeban dengan isu rakyat seperti pemberian hakmilik tanah yang tidak pernah ada penyelesaian. Isu pembolotan tanah oleh golongan tertentu dimana rakyat bawahan tidak mempunyai tanah apatah lagi golongan belia kebanyakkannya tidak bertanah bertaraf tanah anugerah. Begitu juga penerokaan tanah haram oleh syarikat milik individu tertentu. Selain itu, hak pribumi orang asli pula semakin terhimpit dengan isu ketiadaan hakmilik tanah dan pencerobohan kawasan mereka, semuanya perlukan penyelesaian segera.

Dalam hal ini, saya ingin mengucapkan ribuan penghargaan terhadap wakil rakyat Pakatan Rakyat negeri Pahang yang membangkitkan sebahagian perkara ini di DUN Pahang. Walaubagaimanapun, pada hemat saya, prestasi wakil rakyat PR dalam mengetengahkan isu kelembapan kerajaan Pahang bukanlah sesuatu yang amat boleh dibanggakan. Artikel ini bukanlah merancang mencanangkan kelemahan ADUN-ADUN PR Pahang, tetapi tanggungjawab besar yang digalas oleh wakil-wakil rakyat alternatif ini harus melangkaui batasan lokaliti dan kondisi setempat. Bukanlah saya berniat, membuat perbandingan destruktif tetapi sekadar untuk membuat koreksi diri bahawa prestasi ADUN-ADUN Barisan Alternatif tahun 1999 adalah jauh lebih berkesan.

ADUN-ADUN BA bukan sahaja cemerlang di kawasan sendiri tetapi juga bertindak membongkar kebangsatan UMNO Pahang seperti isu pengundi hantu di Pekan dan salahguna kuasa kerajaan negeri. Nama-nama Dato’ Tuan Ibrahim, Allahyarham Abd Malek Yusof dan Iqbal Hamdi Rushdi mekar sebagi hero rakyat Pahang. Sidang Pahang (media rasmi PAS Pahang) amat laris bukan sahaja di Pahang tetapi juga di seluruh negara.

ADUN-ADUN PR kini mungkin kurang bersetuju dengan saya, atas alasan media tidak memberikan liputan meluas khidmat dan sumbangan mereka, tetapi kita boleh menghujahkan bahawa media alternatif milik parti sendiri pun tidak membuat liputan meluas ataupun mereka memang kurang melaksanakan aktivitil terhadap aktiviti mereka. Serangan terhadap kerajaan Pahang pula hanya dilancarkan oleh organ-organ parti seperti yang dilakukan PAS Pahang yang diketuai Dato’ Tuan Ibrahim mahupun pimpinan PKR dan DAP negeri dan bukanlah ADUN-ADUN PR yang menjadi barisan hadapan Pakatan Rakyat di Pahang.

Sekiranya kelemahan kerajaan ini berlaku di Amerika, Indonesia, India, Perancis, Jepun, China mahupun negara-negara lain, sudah tentulah kerajaan tersebut akan dikecam hebat oleh pembangkang dan satu mobilisasi rakyat akan digerakkan bagi memberikan pengajaran kepada kerajaan agar mereka berdisiplin dan tidak menyusahkan rakyat.

Komen saya ini ikhlas dan ingin melihat penghormatan, kepercayaan dan keyakinan rakyat berterusan kepada Pakatan Rakyat agar seterusnya Pakatan Rakyat memperolehi mandat untuk berkuasa di Pahang. Wakil-wakil rakyat PR harus membuat lebih “homework”, tubuhkan segera pasukan pemikir, dan mempunyai pembacaan yang berterusan berdasarkan fakta-fakta serta idea-idea yang jitu agar lebih berkesan. Ingat, semua itu memerlukan keberanian dan kecekalan untuk menumbangkan sebuah kerajaan zalim.

No comments: