UMNO dilihat sebagai sebuah parti yang malang sebagaimana kata pepatah “Sudah jatuh ditimpa tangga” . Apa tidaknya, pimpinan tertinggi mereka mencadangkan calon lain sedangkan ahli-ahli bawahan yang berada di bahagian itu mahukan Isa Samad. Akhirnya pimpinan tertinggi UMNO terpaksa akur dengan keputusan ahli-ahli mereka.Sedangkan pada batang tubuh Isa Samad itu penuh dengan pelbagai bentuk skandal dan penyelewengan semasa menjadi menteri dan Menteri Besar dahulu.
UMNO masih lagi dilihat tidak sensitif dengan rasuah. Semasa diawal pemerintahan Dr Mahathir dulu, beliau berjanji untuk menghapuskan rasuah, di zaman Paklah pun begitu juga, nampak gayanya di zaman Dato’ Najib ni pun sama juga. Ini bermakna laungan untuk membasmi rasuah adalah alat solek sahaja supaya dilihat dinasti pemerintahan mereka baik, tersusun dan bergaya.
Sebenarnya UMNO menghadapi kemarau pelapis yang amat dahsyat. Sehingga tidak mampu lagi untuk mencari mereka-mereka yang bersih diketengahkan kepada masyarakat, akhirnya mereka menggunakan barang kitar semula untuk berhadapan dengan calon pakatan rakyat.Inilah pakej tawaran daripada UMNO kepada rakyat di DUN Bagan Pinang.
Sepatutnya orang yang hendak diketengahkan adalah orang yang amanah dan bertanggung jawab terhadap rakyat dibawah taklukannya.Tetapi ternyata Isa Samad gagal memenuhi tuntutan sifat-sifat tersebut. Buktinya ialah
1. Semasa Kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinan Isa Abdul Samad telah membuat keputusan untuk mengambil alih tanah yang diduduki oleh Telekom, Masjid Negeri dan Pejabat Agama Islam di Seremban untuk dimajukan.sedangkan tapak kuil dikawasan yang sama langsung tidak disentuh.
(Bayangkanlah tapak masjid hendak di majukan, sedangkan majlis fatwa menyatakan “Majlis Fatwa berpendapat dan memutuskan, bahawa bekas tapak masjid yang diruntuhkan tidak harus/tidak boleh dibangunkan atau didirikan sebarang bangunan di atasnya melainkan Masjid sahaja.")
2. Semasa Negeri Sembilan dilanda wabak J.E. di Bukit Pelanduk, ramai rakyat yang mati. Menteri Besar, Isa Abdul Samad didapati telah melarikan diri, bersembunyi dan berdiam diri sahaja. Terdapat berita yang mengatakan bahawa Isa Samad sendiri mempunyai saham di dalam perusahaan BABI tersebut. Sehingga sekarang Isa Samad tidak pernah menafikannya
Ini bermakna pengundi-pengundi di DUN Bagan Pinang perlu mencari jalan keluar dan menyelamatkan diri mereka dari terus diperdaya oleh calon surat kabar lama ini.
No comments:
Post a Comment