PEKAN – Ramadan bagi seorang warga emas, Mohamad Hassan, 62, mungkin sama sahaja seperti hari-hari biasa kerana sudah terbiasa dengan menahan lapar dan dahaga.
Malah, setiap hari, tiada sebarang sajian istimewa untuk dijadikan juadah berbuka dan jauh sekali untuk dia membuat persiapan bagi detik kegembiraan Syawal seperti insan lain yang lebih bertuah.
Kesulitan hidup yang dialami Mohamad yang juga merupakan orang kurang upaya (OKU) bukan satu episod yang pendek kerana lelaki tua yang tinggal di sebuah pondok di pinggir Sungai Pahang dekat Kampung Peramu di sini, sebenarnya telah menjalani kehidupan serba kekurangan sejak lebih 20 tahun lalu.
Apabila azan Maghrib setiap Ramadan, sudah menjadi kelaziman kepada dia untuk berbuka puasa hanya dengan seteguk air masak sekiranya tiada makanan untuk dijamah.
Juadah berbuka dengan nasi berlauk ayam atau daging mungkin satu hidangan impian kepada dia kerana jika dapat makan nasi sekali pun, ia tidak lebih sekadar berlauk ikan yang ditangkap sendiri atau pemberian orang ramai.- kosmo
( Nampaknya Dato' Sri Najib Tun Razak tidak menjalankan tugas dengan baik ataupun kaki-kaki ampunya di peringkat bahagian tidak menjalankan tugas.Lihatlah Sdr Muhammad Hassan, seorang OKU telah menetap dipinggir sungai yang terletak dalam parlimen Pekan sejak 20 tahun lalu
.
Nampaknya Dato' Sri Najib lebih selesa berbangga dengan FELDA yang telah diusahakan oleh arwah bapanya. Maklumlah FELDA nombor dua terkaya selepas daripada Petronas.Berhujjahlah beliau " Katanya, Umno sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda".
Sedih...kerana Sdr Muhammad Hassan adalah warganegara Malaysia yang berhak mendapat bantuan sebagai OKU tetapi dibiarkan hidup dalam keadaan begitu.Sedangkan pendatang asing dari Negara Myanmar dilayan cukup istimewa.Pendatang ini disediakan tanah untuk bercucuk tanam,rumah banglo mewah,elaun bulanan sebanyak RM500 sebulan dan taraf kerakyatan Malaysia.
Apakah Sdr Muhammad Hassan tidak ada hak untuk mendapatkan semua ini? sedangkan beliau adalah warganegara kita. Benarlah kata pepatah " Kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan ". )
No comments:
Post a Comment