Wednesday, September 30, 2009

OH ISA SAMAD ....JASAMU DIKENANG

Esok, lusa berlakulah penamaan calon untuk pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang yang berada dalam parlimen Teluk Kemang. Setelah hampir sebulan pemimpin UMNO bermesyuarat untuk menentukan calon sehingga bertelagah dengan ahli diperingkat bawahan, akhirnya Isa Samad yang pernah menjadi Menteri Wilayah dan Menteri Besar Negeri Sembilan diangkat ke takhta untuk menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang.

UMNO dilihat sebagai sebuah parti yang malang sebagaimana kata pepatah “Sudah jatuh ditimpa tangga” . Apa tidaknya, pimpinan tertinggi mereka mencadangkan calon lain sedangkan ahli-ahli bawahan yang berada di bahagian itu mahukan Isa Samad. Akhirnya pimpinan tertinggi UMNO terpaksa akur dengan keputusan ahli-ahli mereka.Sedangkan pada batang tubuh Isa Samad itu penuh dengan pelbagai bentuk skandal dan penyelewengan semasa menjadi menteri dan Menteri Besar dahulu.

UMNO masih lagi dilihat tidak sensitif dengan rasuah. Semasa diawal pemerintahan Dr Mahathir dulu, beliau berjanji untuk menghapuskan rasuah, di zaman Paklah pun begitu juga, nampak gayanya di zaman Dato’ Najib ni pun sama juga. Ini bermakna laungan untuk membasmi rasuah adalah alat solek sahaja supaya dilihat dinasti pemerintahan mereka baik, tersusun dan bergaya.

Sebenarnya UMNO menghadapi kemarau pelapis yang amat dahsyat. Sehingga tidak mampu lagi untuk mencari mereka-mereka yang bersih diketengahkan kepada masyarakat, akhirnya mereka menggunakan barang kitar semula untuk berhadapan dengan calon pakatan rakyat.Inilah pakej tawaran daripada UMNO kepada rakyat di DUN Bagan Pinang.

Sepatutnya orang yang hendak diketengahkan adalah orang yang amanah dan bertanggung jawab terhadap rakyat dibawah taklukannya.Tetapi ternyata Isa Samad gagal memenuhi tuntutan sifat-sifat tersebut. Buktinya ialah

1. Semasa Kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinan Isa Abdul Samad telah membuat keputusan untuk mengambil alih tanah yang diduduki oleh Telekom, Masjid Negeri dan Pejabat Agama Islam di Seremban untuk dimajukan.sedangkan tapak kuil dikawasan yang sama langsung tidak disentuh.

(Bayangkanlah tapak masjid hendak di majukan, sedangkan majlis fatwa menyatakan Majlis Fatwa berpendapat dan memutuskan, bahawa bekas tapak masjid yang diruntuhkan tidak harus/tidak boleh dibangunkan atau didirikan sebarang bangunan di atasnya melainkan Masjid sahaja.")

2. Semasa Negeri Sembilan dilanda wabak J.E. di Bukit Pelanduk, ramai rakyat yang mati. Menteri Besar, Isa Abdul Samad didapati telah melarikan diri, bersembunyi dan berdiam diri sahaja. Terdapat berita yang mengatakan bahawa Isa Samad sendiri mempunyai saham di dalam perusahaan BABI tersebut. Sehingga sekarang Isa Samad tidak pernah menafikannya

Ini bermakna pengundi-pengundi di DUN Bagan Pinang perlu mencari jalan keluar dan menyelamatkan diri mereka dari terus diperdaya oleh calon surat kabar lama ini.

Saturday, September 12, 2009

OKU BERBUKA PUASA DENGAN AIR SEJUK DI PARLIMEN PEKAN


PEKAN – Ramadan bagi seorang warga emas, Mohamad Hassan, 62, mungkin sama sahaja seperti hari-hari biasa kerana sudah terbiasa dengan menahan lapar dan dahaga.

Malah, setiap hari, tiada sebarang sajian istimewa untuk dijadikan juadah berbuka dan jauh sekali untuk dia membuat persiapan bagi detik kegembiraan Syawal seperti insan lain yang lebih bertuah.

Kesulitan hidup yang dialami Mohamad yang juga merupakan orang kurang upaya (OKU) bukan satu episod yang pendek kerana lelaki tua yang tinggal di sebuah pondok di pinggir Sungai Pahang dekat Kampung Peramu di sini, sebenarnya telah menjalani kehidupan serba kekurangan sejak lebih 20 tahun lalu.

Apabila azan Maghrib setiap Ramadan, sudah menjadi kelaziman kepada dia untuk berbuka puasa hanya dengan seteguk air masak sekiranya tiada makanan untuk dijamah.

Juadah berbuka dengan nasi berlauk ayam atau daging mungkin satu hidangan impian kepada dia kerana jika dapat makan nasi sekali pun, ia tidak lebih sekadar berlauk ikan yang ditangkap sendiri atau pemberian orang ramai.- kosmo
( Nampaknya Dato' Sri Najib Tun Razak tidak menjalankan tugas dengan baik ataupun kaki-kaki ampunya di peringkat bahagian tidak menjalankan tugas.Lihatlah Sdr Muhammad Hassan, seorang OKU telah menetap dipinggir sungai yang terletak dalam parlimen Pekan sejak 20 tahun lalu
.
Nampaknya Dato' Sri Najib lebih selesa berbangga dengan FELDA yang telah diusahakan oleh arwah bapanya. Maklumlah FELDA nombor dua terkaya selepas daripada Petronas.Berhujjahlah beliau " Katanya, Umno sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda".
Sedih...kerana Sdr Muhammad Hassan adalah warganegara Malaysia yang berhak mendapat bantuan sebagai OKU tetapi dibiarkan hidup dalam keadaan begitu.Sedangkan pendatang asing dari Negara Myanmar dilayan cukup istimewa.Pendatang ini disediakan tanah untuk bercucuk tanam,rumah banglo mewah,elaun bulanan sebanyak RM500 sebulan dan taraf kerakyatan Malaysia.
Apakah Sdr Muhammad Hassan tidak ada hak untuk mendapatkan semua ini? sedangkan beliau adalah warganegara kita. Benarlah kata pepatah " Kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan ". )

Friday, September 11, 2009

ISLAM PM SEPERTI ORANG BUTA DENGAN GAJAH

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Umno adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.

Katanya, Umno sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.- Bernama

Kenapa PM tidak menggunakan label islam sekiranya parti itu mengaku parti islam?Tak lain ialah kerana penakut. Bimbang kawan-kawannya MCA,MIC,GERAKAN dan banyak lagi kabilah-kabilah yang bersama-samanya marah kepadanya.

Sekiranya Umno sebuah parti islam, mereka perlu sensitive terhadap kemuliaan agama islam, mereka perlu menjaga arahan dan larangan daripada Allah SWT. Tetapi Umno dilihat tidak mempunyai daya sensitive yang mendalam terhadap islam.Bahkan pemimpin mereka sendiri turut menghina islam.

Buktinya ucapan Dato’ Sri Najib Tun Razak:

Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum

(Dato’ Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93) ‘Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan’

Umno dilihat hilang deria sensitive terhadap islam, apabila telah menerajui pemerintahan selama 53 tahun tapi masih lagi tidak mampu untuk menutup kilang arak, masih belum mampu untuk menukar Pusat perjudian Genting highlands yang dikatakan terbesar di Asia kepada bentuk-bentuk yang lain.

Dengan kuasa yang ada sepatutnya UMNO mampu mengarahkan masyarakat beragama islam dimana-mana tempat menutup aurat supaya gejala social tidak merebak dengan lebih parah lagi dan banyak lagi tuntutan-tuntutan islam yang perlu dilakukan yang selayak dengan kuasa yang ada.

"Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan Umno sejak 53 tahun yang lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?," kata beliau ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini semalam.

Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno membangunkan negara ini bagi melahirkan umat Islam yang dihormati dan bermaruah dengan pembangunan negara, teknologi dan ketenteraan yang termaju.

"Kita tidak perlu label "membangun bersama Islam" kerana kita telah lama memperjuangkan Islam dan telah memberi keselesaan hidup kepada umat Islam kerana kita tidak mahu umat Islam miskin dan tidak ada kekuatan," kata beliau.-bERNAMA

Sebenarnya apakah islam yang telah diperjuangkan oleh PM yang ada sekarang? Dan apakah keselesaan yang telah diberikan kepada ummat islam ?

Bagaimana PM boleh bercakap soal perjuangan islam sedangkan PM sendiri memahami islam dalam ruang lingkup yang sempit. Seperti dibawa beberapa orang buta ke seekor gajah.Kita letakkan seorang di belalai, yang lain kita letakkan mereka di kaki dan di ekor. Kemudian kita Tanya mereka macamana bentuk gajah nescaya ada yang menjawab gajah seperti tiang.ada yang akan menjawab bahawa gajah itu seperti tali.
Perlulah difahami, bahawa membasmi kemiskinan adalah sebahagian daripada islam,melaksanakan program membasmi kemiskinan bukan bermakna melaksanakan islam seluruhnya, Ucapan PM ini sebenarnya boleh mengelirukan masyarakat kerana Umno dianggap parti islam hanya dengan melaksanakan program membasmi kemiskinan.

PM juga ada menyebut bahawa “kita tidak perlu label MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”. Sebenarnya kita juga tidak mengharapkan PM melabelkannya kerana bimbang masyarakat akan lebih sesat dengan islam sempit yang dibawa oleh PM itu.

Sunday, September 6, 2009

NAIB YDP PAS KAWASAN KUANTAN PULANG KE RAHMATULLAH

(Gambar Belakang) Ustaz Bahrin Muhammad berjanggut dan memakai vest

Al-Fatihah..... buat ustaz Bahrin bin Muhammad yang telah pulang ke rahmatullah pada jam 11 malam ini. Beliau jatuh ketika sedang berusrah dengan ahli Pas cawangan beliau di Markaz Tarbiyyah Islamiyyah Peramu (Putip).Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Sebelum ini beliau adalah bekas ketua Pemuda Pas Negeri Pahang di era tahun 80an.Pernah menjadi calon di DUN Jenderak , DUN Penur pada tahun 1995 dan bertanding di DUN Tanjung Lumpur pada tahun 2004.

Pada pemilihan pucuk pimpinan tahun 2009 beliau dipilih sebagai Naib YDP Pas Kawasan Kuantan dan diberikan amanah sebagai Pengarah Pilihanraya Parlimen Kuantan. Kehilangan beliau amatlah dirasai kerana jasanya untuk jemaah yang tidak sedikit.