Tuesday, August 24, 2010

MENGGAMIT NOSTALGIA SILAM - 2

MENGGAMIT NOSTALGIA SILAM - 2


Ini juga sahabat sekelas denganku,namanya Imran binnya aku lupa…beliau tinggal dikampung Medan Jaya Rusila. Pertengahan bulan pertama aku berada di DQ, Imran mengajakku pergi kerumahnya di perumahan Medan Jaya,sempatlah aku makan nasi lauk ikan singgang dirumahnya.


Sayangnya beliau berhenti sekolah lebih awal, mengapa sebabnya aku tidak tahu,walaupun beliau berhenti tetapi sentiasa melawat sahabat-sahabatnya yang berada di DQ.


Suatu malam beliau membaiki motornya, dan pada malam tersebut bekalan elektrik terputus, rela atau tidak, terpaksalah bertemankan lilin menyebabkan motor kesayangannya terbakar.Berita tentang kebakaran motor meran terus merebak ke DQ.Suatu malam dia datang ke asrama kami dan aku secara seloroh kata padanya “orang kaya….ada motor bakaaaar…” tersipu beliau menerangkan semula kepada kami tentang peristiwa yang berlaku.


Sahabat ini namanya Asmadi Fatani b. Mat Jid. Tinggal di Batu 6. Merupakan generasi ke-2 DQ.Beliau adalah graduan Al-Azhar Cawangan Syibin El-Kom kemudian menyambung pelajaran diperingkat M.A di American Maftuh.


Semasa di Mesir,apabila aku ada urusan di Kaherah maka rumah beliau adalah Abdullah (BT 6), pelli (Besut) dan Ust Zaid Tahir ( Tok Randok Ajil) semuanya aku kenali.


Kawan baiknya ialah Ayub Yusuf, mereka berdua seperti tempoyak dengan budu, kalau berpisah maka hilanglah nikmat budu itu….mereka sering mengusik pelajar dengan kata-kata menyebabkan ada dikalangan pelajar apabila Nampak sahaja mereka berdua, terus mengambil jalan lain…getus hatiku “Huh..macam malik Zabaniah mereka ni” .Walau bagaimanapun mereka amat baik dan senang untuk didekati.


Ust Asmadi berkahwin dengan pelajar DQ yang berasal dari Jengka 18 dan seorang anak beliau bernama Ayyash Wajdi hampir menyamai nama anakku iaitu Yahya Ayyash. Sekarang beliau adalah pensyarah di KUDQI dan salah seorang AJK Alumni MDQ.

Ust Nazri Zainuddin berasal dari Negeri Sembilan,beliau berada ditahun yang sama denganku sampai tahun 3 semasa di DQ dulu. Kemudian beliau menyambung pengajiannya ke aliran tahfiz di Pakistan selama tiga tahun, kemudian beliau kembali menyambung pelajarannya ke DQ.


Kami memanggil mereka dengan Mad She.Gelaran yang diberikan oleh Ust Ahmad Awang kepada beliau. Beliau seorang yang semangat untuk bersama-sama dengan PAS. Sejak di DQ lagi beliau sering berbincang tentang kepimpinan PAS yang ada pada waktu itu.


Semangat yang dibina di Pakistan buat beberapa ketika dahulu rupa-rupanya telah Berjaya membina keyakinan untuk mewakafkan dirinya untuk jemaah di Negeri Sembilan. Sekarang beliau bekerja dengan abangnya Ust khairi Zainuddin dan sekarang beliau menjawat jawatan Exco Dewan Pemuda pas Negeri Sembilan.


Seringkali aku bertemu dengannya di majlis-majlis dan program-program Pemuda.Syabbas ku ucapkan kepada Mad Seh.

Gerangan ini ialah Fauzi Mustaffa,beliau juga dikenali dengan panggilan LEH. berasal dari Kg Tanjung Sabtu dalam DUN Teluk Pasu.Beliau adalah kelahiran sulong DQ.Dengan ketrampilannya yang selebih kurang itu menjadikan beliau disenangi oleh pelbagai lapisan pelajar-pelajar. Kawan baiknya ialah Saufi Ismail berasal dari Kg Bukit cempaka.


Mereka berdualah banyak melakukan projek senyap dalam usaha melumpuhkan Umno.Aku golongkan mereka ini termasuk dikalangan geng-geng kelakar, kerana mereka suka memanggil nama seseorang ikut suka mereka sahaja.


Pernah sekali aku ke rumah saufi di Kg Bukit Cempaka,selepas isyak aku pergi ke masjid berhampiran,tiba-tiba di menyapaku “Mu buat bende sini badrul”. Terkedu aku sekejap kerana dapat nama baru yang diberikannya.


Pernah satu hari beliau memakai selipar pelajar lain,sebelum sempat dia perjalan, tuan selipar itu menyapanya “Leh, selipar aku tu”….beliau jawab…”Laaah selipar muu…aku ingat hak sape tadi…”selamber je jawabnyee.Maknanya kalau selipar orang lain bermakna dia boleh pakailaaa…

Beliau telah berkahwin dengan ustazah pilihannya yang berasal dari Negeri Sembilan dan sekarang mempunyai lima orang anak.Beliau juga adalah diantara Ajk Alumni pelajar MDQ.


Berbaju ungu ini ialah Hishamuddin Abdul Karim,keluarganya tinggal di Kg Tanjung Gelam,mungkin dalam mukim Gong Badak kot, bagiku ayahnya bolehlah dikatakan seorang saudagar…J.Walau apapun beliau selaku anak tidak pernah menggunakan keberadaan itu untuk tujuan yang sia-sia.


Kelembutannya itu menyebabkan pelajar-pelajar bawahan mudah untuk mendampinginya.Bagiku beliau adalah seorang pelajar yang pandai,jarang sekali beliau tertinggal dari ranking no 1,2,3..pencabar utamanya ialah Ust Syukri Abdullah.


Bahkan orang luarpun mengambil berat tentangnya.teringat aku kepada Ust Yong (nama gelaran budak DQ kepada seorang tua sebagai pendatang di masjid rusila dan sedikit kurang).Apabila Ust Hishamuddin balik ke kampong, Ust Yong sibuk bertanya tentang hishamuddin, pernah satu malam aku call hishamuddin dan suruh ust Yong bercakap dengannya…Ust Yong berleter kepada beliau “Bakpe balik ni..hishamuddin ni tak jadi ngaji nih”marah ust Yong pada beliau.Aku dan beberapa orang sahabat mampu tersenyum sahaja.


Aku ke Mesir bersama dengannya,beliau belajar di Kaherah,manakala aku pula ditauzi’kan ke Tanta.Kaherah adalah pusat Al-Azhar yang digeruni oleh sebahagian besar pelajar-pelajar Malaysia.Semasa di Mesir beliau pernah dilantik sebagai


Beliau pernah dilantik sebagai Presiden PPDQ selepas dari zamanku.Semasa berada di Mesir, beliau telah dilantik sebagai exco KPT (Keluarga Penuntut Terengganu) pada tahun 1999, pada tahun 2000 beliau telah dilantik sebagai YDP KPT dan sekaligus dilantik sebagai EXCO PMRAM (Persekutuan Melayu Rupeblik Arab Mesir) dan tahun 2002 beliau telah dipakaikan mahkota Presiden dalam PMRAM dan pada zamannyalah aku mendapat kad PMRAM setelah 4 tahun bermukim di Mesir.


Sekali ku putar memory ini,rupa-rupanya terlalu banyak kisah perjalanan hidupku semasa di DQ dan di Mesir bersamanya.Alhamdulillah sekarang beliau bersama-sama dengan jemaah.Beliau merupakan Timb. Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Kemaman dan Exco Dewan Pemuda Pas Negeri Trengganu.Beliau mempunyai 3 orang anak hasil perkongsian hidup bersama isteri pertamanya Ustazah Syamilah Sulaiman.


Berbaju kelabu ini ialah Zahid Yusuf berasal dari Kampung Padang Luas, Jerteh Terengganu.Beliau adalah generasi yang ke 2 DQ. Mempunyai bakat semulajadi dalam pidato.Beliau adalah graduan Al-Azhar Shibin El-Kom dalam jurusan Usuluddin Aqidah Wa Falsafah.


Semasa hari pendaftaran di DQ, aku telah mendaftarkan diri di Pejabat sekolah, semasa itu pejabat di rumah biru sebelah kedai kak maziah, ayahku berpesan kepada guru-guru di pejabat “Jaga molek sikit hok ni nih, kuat jjale”..Ust Zahid tersenyum, aku mula berdebar tengok kepadanya….tiga,empat hari aku di DQ, baru ku tahu bahawa zahid adalah seorang pelajar.


Beliau seorang yang bersemangat, pernah aku, beliau dan sebuah van yang tak tahu siapa yang sewa, kami pergi ke penamaan calon pilihanraya kecil DUN Kijal. Cerita-ceritanya tentang Pas di Besut meyakinkan aku bahawa satu hri nanti beliau akan menjadi pimpinan Pas.


Semasa di Mesir, dua kali aku sempat menziarahinya.Kali pertama aku di bawa oleh Ust. Rifaen dan malam itu aku bercerita panjang dengannya,maklumlah baru berjumpa sejak aku melangkah ke bumi itu.Kali keduanya aku ziarahinya seorang diri iaitu sehari sebelum menyambut hari raya haji dan esoknya aku beraya di Syibin El-Kom bersamanya.


Sekembalinya dari Mesir aku bertemu dengannya di muktamar Pas pusat tapi tak boleh bercakap panjang sebab masing-masing sibuk.Kemudiannya dalam tahun lepas sekembalinya aku dari Kota Bharu bersama dua orang sahabat, aku singgah di pejabat Pas Besut untuk minum air bersamanya.


Kami sembang-sembang santai tentang politik.Aku respect padanya kerana pandangannya dilihat terkehadapan dalam sesuatu perkara.Tidak hairanlah beliau dilantik sebagai Setiausaha Jabatan Pilihanraya Pas Terengganu.Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Pas Kawasan Besut dan Ajk Perhubungan Pas Terengganu.

Haa..berbaju batik ini pulak ialah Hafizuddin Abdul Kadir,keluarganya menetap di Keratong 4,Beliau adalah rakan sekelasku dan merupakan graduan Al-Azhar Damanhour.Semasa di DQ tahun 1996, beliau telah dilantik sebagai Timb. Presiden II PPDQ.Bagiku beliau adalah seorang pelajar yang pintar. Tujuh tahun aku bersamanya, tidak seorang pun yang mampu memintasnya dalam peperiksaan,pecutannya cukup laju….


Beliau seorang yang mudah untuk didekati oleh sesiapa sahaja.Tidak hairanlah pelajar-pelajar Pahang DQ sentiasa mendampinginya,aku andaikan beliau seperti seketul gula yang sentiasa dihurung oleh semut.Bagiku ayahnya cukup tinggi keyakinannya terhadap tarbiah Pas,sehinggakan sebahagian adik beradiknya belajar di DQ.Yang masih ku ingat ialah Hasanuddin,Wahyuddin,Wahiddin dan seorang perempuan.


Satu ketika di musim pemilihan PPDQ, aku bersamanya membuat satu banner dari kain dan dakwat colour bewarna biru, kali ini mangsa kempen kami ialah sahabat-sahabat yang berbakat tinggi yang patut dilonjakkan sebagai pimpinan,nama-nama popular yang tidak kami tinggalkan ialah Hishamuddin Abdul karim, Ahmad Jazran Jamaluddin, Azuri Abdul Rahman dan ramai lagi.Kain banner itu kami gantungkan dihadapan rumah mansor iaitu tempat lalu lalang pelajar untuk ke kantin.


Semasa cuti sekolah,kami pelajar-pelajar dari Pahang selalunya akan mengadakan tamrin, beliau adalah diantara tulang belakang yang menggerakkan program.


Di Mesir beliau adalah diantara pimpinan pelajar di cawangan Damanhour,Seingatku beliau pernah menjawat jawatan Ydp pelajar-pelajar Damanhour. Beliau adalah diantara kawan rapatku,tapi walau apapun aku agak kurang dapat menziarahi beliau semasa di Mesir kerana kesibukannya yang sarat dengan program.Beliau pernah menyandang sebagai Timb. Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Rompin

Berbaju hijau ini ialah bernama Khairul Azmi Ismail, keluarganya menetap di Kg Embun, Jalan Temerloh Maran. Beliau generasi yang ke5 DQ.Beliau melanjutkan pelajaran ke Syiria, kemudiannya beliau menyambung pelajaran ke Al-Azhar Zaqazik dalam bidang hadith.


Semasa di DQ beliau adalah pelajar yang pintar dan tubuhnya kecil berbanding denganku. Pahit manis hidupku di DQ banyak bersamanya.Beliau adalah tempat rujuk bagi semua lapisan pelajar semasa di DQ dulu.


Teringat aku tentang seorang pelajar yang sekelas dengannya bertanya “Mie…luqlatun ni makna apa ye?”. “mana aku tengok”, katanya. “Laaa bukan luqlatun ni…ni liqillatin, maksudnya untuk satu kolah…tersipu pelajar tadi malu kepadanya.


Pernah sekali aku bermain futsal bertiang golkan kerusi bersamanya. Lokasinya ialah didalam bilik mesyuarat guru iaitu dalam pejabat sebelah tandas masjid.


masa tu, pejabat dalam pembinaan..kami berdua bermain,sehinggalah aku tertolak beliau ke kerusi dan meninggalkan parut didadanya sehingga sekarang. Sebenarnya aku pun dah lupa peristiwa tu, tapi satu ketika semasa di mesir, aku bertanyakan parutnya itu, beliau kata “takkan mu tak ingat?” akhir sekali beliau menceritakannya.


Tempat perbincanganku dengan sahabat-sahabat termasuk ust Mie ialah dibawah tangga belakang dalam masjid. Selepas isyak memang penuh dihalaman itu.


Semasa di Mesir beliau adalah tempat rujukan dan menjadi guru kepada beberapa rumah anak-anak melayu.Setelah pulang ke Malaysia beliau berkhidmat dengan Ma’ahad Darul Fikri.


Alhamdulillah beliau dari dulu lagi sudah bertekad untuk bekerja dengan jemaah dan sekarang beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Maran dan Ajk Dewan Ulamak Pas Negeri Pahang.Beliau mempunyai empat orang anak dengan isteri yang pertama.

1 comment:

Nama: Khairul Azmi Ismail Al-Muqry said...

mu silap sikit lie:
1) aku gen 4 dq bukan 5,
2) liqillatin maknanya "kerana sedikit" sambungan kitab tu aku igat lagi "liqillati tadabburihim' (maknanya kerana kurang/ sedikitnya pennghayatan mereka)