Jentera Penerangan Umno Setuju Perpaduan Umno-PAS, Kata Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Jentera penerangan Umno rata-rata menyatakan sokongan terhadap perpaduan antara Umno dan PAS yang dilihat bukan sahaja menguntungkan orang Melayu tetapi turut memberi manfaat kepada semua kaum di negara ini, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata majoriti orang Melayu di negara ini juga sudah tentu bersetuju tentang cadangan perpaduan itu kerana ia tidak akan merugikan sesiapa.
Nampaknya Umno melalui kenyataan Ahmad Maslan masih lagi beriya-iya untuk bersatu dengan PAS dengan alasan penyatuan diantara PAS dengan Umno boleh membawa keuntungan kepada orang melayu dan memberi menafaat kepada bangsa-bangsa lain. Nampaknya sikap Umno ini seperti kata orang pantai timur “Macam ayam gila ssakok”.
Sudah lama pimpinan PAS sebut, boleh nak bersatu tapi mestilah atas nama islam. Nampaknya Umno fobia dengan brend penyatuan yang dicadangkan oleh PAS itu, mereka masih lagi mahu bersatu diatas nama melayu.
Sehubungan itu, beliau berkata usaha perpaduan itu perlu difikirkan secara serius oleh kedua-dua pihak sempena kedatangan bulan Ramadan dalam masa dua hari lagi.
"Alangkah eloknya sempena bulan Ramadan ini kita memikirkan secara serius tentang perkara-perkara yang ada hubung kait untuk kebaikan umat dan kalau ada usaha-usaha ke arah perpaduan itu, semua rakyat di Malaysia ini untung, itu yang penting.
Ingin ditegaskan bahawa sekiranya umno serius dan ikhlas untuk kebaikan ummat, mereka tidak perlu menunggu bulan ramadhan untuk memikirkannya.Kerana masyarakat susah setiap hari,apa yang umno buat kepada rakyat ketikamana harga minyak dan barang-barang naik ?.Rakyat Sarawak dari sebahagian kaum Penan telah dipindahkan ke kawasan pendalaman sehingga anak-anak mereka tidak langsung ke sekolah.
Jadi untuk semua rakyat merasai keuntungan dan kebaikan dalam hidup mereka berpanjangan, mereka perlu menolak Umno/Bn. 50 tahun Umno, makin mereka menekan rakyat. Subsidi untuk rakyat ditarik, maka dimanakah lagi jalan untuk menafaat kepada rakyat.
"Bulan Ramadan ini juga bulan yang amat baik untuk kita membuat genjatan senjata, jangan mengata orang, jangan memfitnah dan jangan menimbulkan isu-isu sensitif.
Sebenarnya umno dalam keadaan tertekan dan mereka juga dilihat semakin lemah sehingga minta PAS bersatu dengan mereka. Mereka sudah tidak ada isu untuk berhadapan dengan PAS sehingga terpaksa mereka isu sendiri untuk memburuk-burukkan PAS.
Kita bukan buat fitnah, tetapi apa yang pimpinan sebut itu adalah betul,semuanya berdasarkan dengan fakta. Kalau rasa tak betul pemimpin Umno boleh bawa ke Mahkamah untuk diselesaikan. Seperti isu FELDA, pimpinan PAS dan KEADILAN bukannya bercakap kosong tetapi sarat dengan fakta dan mereka menyahut saman felda, disana akan lebih banyak penyelewengan akan didedahkan. Selagi ada penyelewengan, selagi itulah pendedahan akan dilakukan sekalipun ianya agak sensitive bagi Umno.
Apa yang penting bagi PAS ialah melaksanakan tugas Amar Makruf dan Nahi Munkar yang diperwajibkan oleh Allah SWT disetiap waktu, kita takkan rehat sekalipun bulan ramadhan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi taklimat mengenai isu-isu semasa kepada 457 ketua penerangan Umno bahagian dari seluruh negara oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini.
Ahmad berkata jika bangsa terbesar itu berpadu dan berpakat untuk tidak lagi berselisih seperti yang telah berlaku, seluruh negara ini akan menjadi lebih maju dari sekarang.
"Perpaduan ini bukan hanya dilihat dari sudut untung bangsa Melayu tetapi untung seluruh rakyat Malaysia, yang rugi hanya beberapa pemimpin DAP dan beberapa pemimpin PKR (Parti Keadilan Rakyat)," katanya.
Inilah UMNO...perpaduan hanya inginkan keuntungan dunia semata-mata tanpa dilihat kepada akhirat,sebenarnya bukan melayu akan rugi apabila PAS tidak bergabung dengan umno tetapi sebenarnya Umno yang rugi kerana mereka sudah tidak lagi mendapat sokongan rakyat
No comments:
Post a Comment