Sunday, September 26, 2010

IBRAHIM ALI TIADA TEMPAT LAGI DI KELANTAN - S/USHA AKHBAR MB KELANTAN



KUANTAN, 26 Sept [12.18 pm] - "Saya bertaubat nasuha kerana jadi orang yang perkenalkan Ibrahim Ali sebagai calon Parlimen Pasir Mas ketika Pilihanraya Umum ke-12 lalu", kata Ahmad Fadhli Shaari (foto), Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan dalam ceramahnya di Markas PAS Taman Guru Kuantan malam tadi. Beliau turut menegaskan bahawa Ibrahim Ali memanglah satu-satunya wakil rakyat "katak lompat" yang tiada tolok bandingannya.
"PAS terpaksa mencalonkan nama beliau berdasarkan senario politik semasa ketika itu. Tok Guru seboleh-bolehnya ingin mempertahankan pemerintahan Islam di Kelantan. Kita sangka Ibrahim Ali sudah insaf dan akan kembali ke pangkal jalan. Rupa-rupanya, Ibrahim bukanlah orangnya. Malah, selepas kemenangan di Pasir Mas beliau secara lantang mengutuk kepimpinan Tok Guru Nik Aziz",
tambah beliau lagi. PAS katanya tidak akan memberi ruang lagi kepada orang seperti Ibrahim Ali. "Saya dengar beliau akan melakukan kejutan besar dalam pilihanraya umum akan datang. Apa yang mahu dikejutkan agaknya. Apakah kejutan kerana menjadi calon bebas atau apa agaknya?", katanya.

Beliau turut mendedahkan bahawa Ibrahim Ali sengaja membuat Majlis Perhimpunan Melayu Perkasa Kelantan di Stesyen Keretapi Pasir Mas semalam kerana tahu orang ramai lalu lalang di kawasan itu. "Kita membenarkan beliau menggunakan Stadium Mini Pasir Mas untuk membawa mantan PM Mahathir Mohamad dalam programnya itu. Namun, Ibrahim menolak dan sengaja mahu mengadakannya di Stesyen Keretapi. Beliau takut, orang tidak ramai hadir ke stadium yang akan memalukan Mahathir nanti. Maka, di stesyen keretapi itu memang kita ketahui ramai orang lalu lalang dan berurusan di kawasan terbabit. Lantaran itulah beliau membuat majlis berkenaan di lokasi itu",

tambahnya lagi. Sementara itu, Fadhli turut mendedahkan cubaan UMNO untuk memalukan dan menjatukan maruah Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS. Bermula dengan kes penipuan perasmian perlepasan perlumbaan basikal Le' Tour De Langkawi awal tahun lalu, kemudian penipuan perasmian Fiesta Kelantan dan terbaru berkenaan cek RM4 billion pula. Semua ini adalah niat jahat mereka untuk mencemarkan nama baik Tok Guru Nik Aziz sebenarnya.
"UMNO tidak mahu insaf-insaf, sedangkan sudah banyak petunjuk yang diberikan atas penipuan yang mereka lakukan", katanya.

Beliau berkata, isu RM4 billion sengaja diada-adakan untuk memalukan Tok Guru. "Syarikat terbabit sebenarnya baru berbincang dengan Tok Guru berkenaan projek pembangunan bernilai lebih RM300 bilion di pantai Tumpat. Mereka belum menghantar proposal yang perlu dibawa kepeada Unit Perancangan Ekonomi Negeru (UPEN) untuk diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebelum diluluskan. Namun, syarikat berkenaan berkenan untuk memberi ganjaran RM4 billion kepada kerajaan negeri. Sebelum hari raya lalu, mereka mengadakan majlis dan mengundang adik Tok Guru untuk hadir. Tiba-tiba beliau dipanggil ke pentas kononnya untuk menerima hamper dan sebagainya.
Tiba-tiba mereka memberika replika cek bernilai RM4 billion, untuk diambil gambar dan dihebahkan di dalam media arus perdana kononnya terdapat unsur rasuah dalan hal berkenaan", katanya. Beliau turut menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan, pimpinan PAS sedikit pun tidak tergugat dengan isu tersebut sebenarnya.
Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuantan telah mengadakan ceramah sempena aidilfitri di Taman Guru. Penceramah jemputan ialah 1.Ust Fadhli Syaari dan Sdr Hasanuddin Salim
Sdr Hasanuddin Salim (Ketua Penerangan Pas Pahang
berucap mendedahkan penyelewengan pentadbiran kerajaan BN
Ust Ahmad Fadli Syaari (S/Usha Akhbar MB Kelantan)
sedang berucap berkait dengan isu-isu Kelantan
Blogger cucu mat klau turut hadir

www.pemudapaspahang.blogspot.com

2 comments:

sembang haroki said...

apakah sekiranya senario politik berubah semasa pru13 akan datang, pas akan memberi semula laluan kepada ibrahim ali?

apakah hujah syarak memberikan laluan ibrahim ali menjadi calon pru12, sedangkan us ismail noh mempertahankan kerusi? atau memang pas kelantan utamakan politik daripada syarak?

Mazlum Syahid said...

https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWMkJvbFpZejBQZWM/view?usp=drivesdk

Web: almawaddah.info

Salam


Kepada:

 

Redaksi, rektor dan para akademik


Per: Beberapa Hadis Sahih Bukhari dan Muslim yang Disembunyikan


Bagi tujuan kajian dan renungan. Diambil dari web: almawaddah. info

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. 


Daripada Pencinta Islam rahmatan lil Alamin wa afwan