PUTRAJAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Marshitah Ibrahim, hari ini meminta Kementerian Dalam Negeri dengan segera melakukan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas terhadap seorang paderi yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad S.A.W. dan agama Islam dalam satu ceramahnya di sebuah gereja di Kuching, Sarawak, baru-baru ini.
"Saya khuatir akan berlaku (sesuatu) kalau tindakan tegas tidak ambil," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yayasan Waqaf Malaysia bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.(Baca BERITA HARIAN)
Ulasan: Paderi menghina Nabi SAW kita tidak pelik kerana itulah sikap musuh-musuh islam yang sentiasa bertembung dengan islam.Apa yang peliknya apabila orang islam itu sendiri yang menghina islam dan syariatnya. Contohnya:
- (Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. "Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."
- (Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan –
- (Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas: "Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa".
- Yb sendiri pernah mengharuskan pelacuran sekiranya dalam keadaan dharurat.
Dr Mahathir, Dato’ Najib Tun Razak, Tun Abdullah Badawi, Dr Rais Yatim dan Dato’ telah melakukan kesalahan yang besar, dengan ucapan yang menghina islam dan sampai ke saat ini Dato’ dan nama-nama yang saya sebutkan tadi masih lagi tidak memohon maaf secara terbuka kepada ummat islam yang terguris dengan ucapan dato’ dan rakan seangkatan.
Sepatutnya Dato’ Jamil Khir terlebih dahulu mengambil tindakan kepada mereka-mereka ini yang telah menghina islam.
No comments:
Post a Comment