Monday, September 20, 2010

JUAL MASJID DI PERANCIS - IMAM HASSAN

Apabila masjid dibina, tapaknya hendaklah diwakaf kerana Allah. Tiada lagi milik individu atau kepunyaan sesiapa. Setiap duit terkumpul hasil derma atau pembinaan yang dibuat telah diwakafkan kerana Allah. Meskipun sebuah masjid yang dibina menggunakan peruntukan individu tetapi setelah diniatkan wakaf maka yang diharapkan adalah pahala di sisi Allah semata. Tidaklah ia mengungkit-ungkitnya kembali apatah lagi mahu mendapatkannya semula.

Isu wakaf ini kekadang tiada penyelesaian bahkan menimbulkan kesukaran umat Islam dikemudian hari. Pernah terjadi di Terengganu dimana tanah yang telah diwakaf yang sudah menjadi surau dan kubur dituntut kembali oleh pewaris dan terpaksa dibayar kembali nilainya kepada pewaris kerana nama datuknya masih tercatat didalam geran tanah yang dikatakan menjadi pusakanya. Wakaf hanya dimulut tanpa ada surat menyurat. Zuriat kemudian ada yang tak pedulikan halal haram. Janji menjadi duit. Tanah yang telah diwakaf pun dijual!

Tetapi apa yang berlaku di Paris, Perancis ini janganlah tersalah faham. Yelah ditengah isu pengharaman pemakaian purdah terhadap muslimah Perancis, alih-alih jual masjid pulak!

PARIS - Seorang imam di Paris bersama seorang pereka telah membuat semacam masjid portable yang mudah-alih yang dijualkan kepada umat Islam yang ingin berkonsentrasi lebih baik dalam solat dimanapun mereka berada.

Dinamakan “Mirhbox”, setinggi 2 meter yang direka dan dicantum membentuk mihrab, terletak di dinding depan masjid yang menunjuk ke arah Mekkah.

"Saya menyedari bahawa ketika saya di masjid, saya berkonsentrasi lebih baik pada saat solat, jadi ketika saya di rumah saya pikir lebih baik menciptakan kembali mihrab yang menciptakan lingkungan dan suasana yang lebih baik untuk meditasi dan lebih khusyuk," kata Imam Hassan Aubervilliers Bounancha kepada akhbar Le Parisien.

Mihrab portabel ini dibuat dari kertas keras, plastik, kayu lapis, diperkuat dengan dua lapisan dari alumunium, struktur dalaman dalaman tiga bagian juga dilengkapi dengan karpet Turki.
Mihrab portabel ini dijual dengan harga 450 euro (RM1,824) untuk model top-range yang termasuk didalamnya loudspeaker, dan semurah 69 euro (RM280) untuk model kanak-kanak. Imam Hassan Bounamcha berharap untuk menjual setidaknya seribu masjid dalam satu tahun dan menjual reka-ciptanya ke beberapa negara lain.

Semoga apa yang dicipta oleh Imam Hassan itu boleh memberi manfaat kepada umat Islam dan mengembalikan kekyusyukan ketika solat. Tetapi janganlah dah ada mihrab dirumah masing-masing menyebabkan tiada yang datang ke masjid lagi.

sumber dari : www.ustsaifulbahri.blogspot.com

No comments: