Wednesday, October 8, 2008

TERIMA KASIH USTAZ, KERANA MEMPERKENALKAN AKU DENGAN ERTI PENGORBANAN

Ust Hamzah Ngah, itulah gerangan yang sedang membaling bola bowling itu, beliaulah yang mendidikku mengenali erti pengorbanan dan perjuangan. Masihku ingat lagi, ketika itu beliau sebagai Setiausaha Kerja Dewan Ulama’ Pas Terengganu, aku sering bersamanya ke pejabat perhubungan pas Negeri Terengganu untuk menaip teks khutbah yang telah dibaca oleh Yb Tuanguru Hj Abdul Hadi Awang untuk diedar kepada orang ramai, pengorbanannya untuk ummah sangat besar pada waktu itu.

Aku terharu dengan pengorbanannya terhadap ummah pada waktu itu (1993-1997), hanya dengan sebuah motor Honda 70 plat TQ5522 beliau mampu melaksanakan tugas parti, pernah aku mengikutinya sehingga ke Kg Tajin, Kuala Berang untuk menghadiri program Dewan Ulama’ Pas Terengganu, semasa itu ketuanya ialah Ust Awang Nasaruddin Abu Bakar (Ustaz Awang Jidin),

Aku lihat tidak ada masa rehat buat beliau, selepas mengajar sahaja di ma’ahad Darul Quran, terus beliau ke pejabat perhubungan Negeri untuk menyiapkan tugasan yang diagihkan kepada beliau.

Beliau pernah memegang beberapa jawatan iaitu Exco DPP Terengganu, Ajk Dewan Ulama’ Pas Terengganu (sehingga sekarang).

Buat Ust Hamzah Ngah, Terima kasih kerana memperkenalkanku dengan perjuangan…

No comments: