Monday, October 27, 2008

BAHANA ULAMA' DOK DALAM UMNO

.
Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO kawasan Maran kecoh buat seketika apabila ketuanya Shamsul Najmi Shamsuddin mencalonkan Khairy Jamaluddin sebagai calon tunggal untuk jawatan ketua pemuda. Tetapi disanggah oleh perwakilan yang mahu ianya dipilih melalui pemilihan disebabkan masih ada nama lain iaitu Datuk Mukhriz Mahathir dan Dato’ Sri Khir Toyo.

Sumber dari Sinar Harian menyatakan, Shamsul Najmi akhirnya akur dan meninggalkan dewan sebelum siding berakhir. Tindakannya kemudian disorak para perwakilan yang hadir.

Begitulah suasana yang berlaku didalam UMNO. Shamsul Najmi adalah exco pergerakan pemuda UMNO Malaysia, berpendidikan di University Al-Azhar di fakulti Hadith sepatutnya sorakan terhadap tubuh besar itu tidak berlaku kerana beliau adalah pimpinan tertinggi diperingkat pergerakan pemuda Malaysia merangkap ketua pergerakan pemuda UMNO bahagian Maran, sekaligus boleh dinobatkan sebagai seorang ustaz.

Beginilah perbezaan diantara pimpinan yang berada dalam PAS dengan yang berada didalam UMNO, pimpinan pemuda PAS dimana-mana peringkat tidak pernah berhadapan dengan suasana seperti ini kerana mereka di tarbiyyah supaya menghormati pimpinan sekalipun ada perbezaan pendapat dikalangan perwakilan. Tetapi didalam UMNO sorak menyorak dan boo mengeboo adalah biasa bagi mereka. Teringat saya semasa di peringkat awal Khairi Jamaluddin dinobat sebagai Timb. Ketua Pemuda UMNO, beliau disorak oleh perwakilan-perwakilan yang hadir apabila nama beliau disebut . Inilah gambaran pimpinan UMNO yang jauh dari adab dan akhlaq.

Sekurang-kurangnya hormatilah beliau sebagai seorang ustaz yang berilmu agama. sebagaimana orang-orang kampung menghormati imam-imam di kampong kerana ilmu mereka.

Kesian kepada Shamsul, langsung tidak dihormati, itulah bahananya bila seorang ustaz berada dalam UMNO. Kerana UMNO tidak memerlukan sangat orang-orang yang beragama seperti beliau, buktinya ialah pada 13 Feb 2005 apabila JAWI menangkap 100 orang remaja dan seorang artis di Kelab Malam The Zouk jalan Ampang, Shamsul menegaskan bahawa mereka yang terlibat jelas melakukan kesalahan. Kenyataan pengerusi biro agama pemuda UMNO ini langsung tidak dihormati oleh Ketua Puteri UMNO Dato’ Noraini Ahmad apabila beliau bersimpati terhadap mereka yang ditahan oleh JAWI bahkan menawarkan khidmat bantuan kepada mereka.

Dimanakah suara ulama’ muda itu? Suara itu tenggelam dan tidak bermaya lagi apabila berhadapan dengan Puteri UMNO. Sebenarnya mahkota ulama’ yang dipakai oleh Dato’ shamsul Najmi cukup hebat, tetapi ianya dipakai dengan cara songsang menyebabkan kilauan permata tidak kelihatan. Nasihatku buat Shamsul perbetulkanlah mahkota ulama’ itu, nescaya kamu akan dimuliakan kembali.

Wassalam
28102008210am

1 comment:

Teluk Bakong said...

salam Ustaz,

Kenal rapat ke Ustaz dato Shamsul Najmi ni ke, kalau kenal saya nak email ustaz ade benda nak dibincangkan