Jam di Phnom Penh pukul 10.10 malam.Di Jengka pukul 11.10 malam,berbeza sejam.Pukul 8.30 waktu Kemboja tadi kami selamat sampai ke negara yang terkenal dengan kekejaman Pol Pot.Ini adalah kunjungan saya yang ke dua ke negara yang ribuan rakyatnya pernah menjadi pelarian di Malaysia dan negara sekitarnya.Penerbangan kami ke sini tergendala hampir tiga jam.Jadual berlepas sepatutnya pada jam 3 petang tetapi ditunda hingga jam 5.15.Bagaimanapun flight Air Asia yang kami naiki hanya berlepas jam 5.50 petang.Suasana di Terminal LCC tak berbeza dengan tahun lepas.Sesak,berselerak dan kelam kabut.Ketika melalui pintu pemeriksaan pihak keselamatan,beg bimbit saya diselongkar beberapa kali pihak polis kerana dikatakan ada gunting.Puas saya dan pegawai bertugas mencari gunting dalam beg saya,tapi tak ketemui.
Selepas selesai melalui pemeriksaan keselamatan itu,saya terus masuk ke dewan menunggu untuk perlepasan.Anihnya di kawasan tersebut terdapat kedai yang menjual bateri,air mineral dan sebagainya lagi.Kalau saya mahu saya boleh beli seberapa banyak bateri dan air mineral ,kerana selepas itu tidak ada lagi pemeriksaan,hanya menunggu pintu dewan dibuka untuk menaiki flight.Jadi apa praktikalnya peraturan yang hanya membenarkan dua biji bateri dibawa.Sudah tentu ianya jadi bahan jenaka sahaja.
Di Airport Phnom Penh tak macam tahun lepas pula.Tahun lepas kami boleh keluar dengan cepat. Tapi beberapa masalah berlaku tadi,beg saya dan rakan rakan lain diselongkar pihak kastam bertugas.Lebih menyedihkan sebanyak 40- naskah Quran yang kami bwa untuk disedekahkan kepada sekolah agama di sini,telah ditahan pihak berkuasa.
Menurut pemandu kami,pihak berkenaan mungkin nak sedikit suapan untuk tambah gaji mereka.Menurutnya juga polis polis Kemboja ni mempunyai hubungan dengan pengganas Khmer Rouge.Duit rasuah yang mereka dapat disalurkan untuk membantu Khmer Rhouge.Bila ingat hal rasuah,teringat kat Umno.Kebetulan tadi kami sempat makan di Restoren Mariam yang diusahakan rakyat Malaysia,terpampang gambar Pak Lah kat dinding restorennya.
Ok malam ni kami tidur di sebuah hotel kat Phnom Penh ni,esok baru bertolak ke Kempung Cham,wilayah umat Islam yang akan kami sumbangkan lembu korban.Berenti dulu kat sini,ramai lagi blogger lain yang ikut sama nak update blog masing-masing.
1 comment:
Ana pun ada pergi ke Ma'ahad ni dijemput oleh Ustaz Zainal. Kami berempat bermalam tapi ana dgn kawan ana terpaksa balik ke Phnom Penh 7hb sbb kena balik 8hb.
Ana dah lama tak jumpa Ust. Mokhtar. Tapi ana tak fikir dia ingatkan ana. Abang Bahrain enta kenal? Ketua Pemuda Pahang sebelum akhi Cikgu Raja.
Post a Comment