Friday, December 19, 2008

PRK KUALA TERENGGANU: CONTOHI MEDAN BADAR, RENUNGI MEDAN HUNAIN


SPR telah pun menetapkan 6 January dan sebagai hari penamaan calon dan 17 January adalah hari pembuangan undi bagi penduduk yang berada dalam Parlimen Kuala Terengganu. Pas, Umno dan Akim telah memberikan kata putus untuk bertanding dalam Pilihanraya tersebut

Parlimen Kuala Terengganu juga pernah mencatat sejarah pada tahun 1990 apabila BN kalah ditangan Parti Semangat 46 melalui Dato’ Abdul Manan Othman dan pada tahun 1999 sekali lagi BN dikalah oleh parti pembangkang iaitu PAS melalui Dr Syed Azman b. Syed Ahmad Nawawi, bermakna tidak mustahil untuk PAS meraih kemenangan dikawasan tersebut apatah lagi apabila 3 DUN (Batu Buruk, Ladang dan Wakaf Mempelam) daripada 4 DUN dimenangi oleh PAS.

Walau bagaimanapun pendokong-pendokong PAS tidak boleh merasa lega dengan pencapaian yang lepas dan kita juga tidak boleh merasa selesa dengan gerakkerja serta kajian yang telah kita lakukan. Disamping gerak kerja, tawakkal kepada Allah SWT juga amat perlu kepada kita yang akan berhadapan dengan musuh.

Ramai orang yang tertipu dengan kajian dan strategi yang mereka lakukan sehingga lupa untuk bergantung harap kepada Allah SWT.sedangkan kemenangan adalah milik dan berada ditangan Allah SWT. Firman Allah SWT:
ولو يشاء الله لنتصرمنهم ولكن ليبلو بعضكم ببعض
Maksudnya: Dan sekiranya Allah mahu nescaya mereka akan mencapai kemenangan akan tetapi ia ingin menguji sebahagian dikalangan kamu dengan sebahagian yang lain.

Apapun yang berlaku, secanggih mana pun strategi yang kita aturkan munajat dan pengharapan kepada Allah tidak boleh diabaikan. Biarlah kita berada dimedan badar, diwaktu itu pengharapan dan doa kepada Allah mengiringi tentera islam.

Apa yang dibimbangkan ialah kita memilih untuk berada dimedan hunain, merasa selesa dengan segala bentuk jentera yang ada, ghairah dengan sepanduk-sepanduk dan poster-poster yang megah tertampang dibahu jalan sehingga lupa untuk memancing simpati dari Allah SWT.

Wallahu A’lam
201220080155pm

1 comment:

soyuz malaysia said...

assalamualaikum ,
amat setuju denan ustaz,tapi ingatkan selalu mereka bahawa ia boleh bertukar menjadi medan uhud jika kia alpa dan lupa,pesanan tok Guru Nik Aziz dan tok guru haji hadi hendaklah direnungkan selalu,inshaallah wallahuaklam