Sunday, March 29, 2009

SINAR HARIAN LAPOR BERITA PALSU TENTANG PENAMAAN CALON BKT GANTANG

LAPORAN AKHBAR SINAR HARIAN EDISI PAHANG
BERTARIKH 30 MARCH 2009
SINAR HARIAN MELAPORKAN "Sebahagian besar penyokong parti PAS ditempat penamaan calon di Majlis Perbandaran Taiping turut dikawal oleh anggota polis anti rusuhan".
Sahabat semua jangan percaya laporan sinar harian bahawa penyokong PAS seramai itu....tengok gambar sebenar dibawah ini.
Penyokong Pakatan Rakyat memenuhi bukit dibelakang padang tenis majlis perbandaran Taiping
Penyokong Pakatan Rakyat memenuhi kawasan padang tenis
Penyokong Pakatan Rakyat semakin ramai berada diatas bukit.

Penyokong DAP membawa sepanduk mereka mara kehadapan bersama PAS dan Keadilan menundukkan keangkuhan BN

Lautan manusia....masih ramai lagi mereka-mereka yang tak sempat untuk masuk ke perkarangan Majlis Perbandaran.
Sekarang penyokong DAP tidak lagi takut dengan pakatan Rakyat...Penyokong DAP sudah berani memakai dan memegang bendera PAS, begitu juga dengan pendokong PAS, atas nama kerjasama mereka boleh memakai pakaian dan bendera yang berlambangkan DAP.
Bendera biru (UMNO) dan bendera merah (PPP)...itu sahajalah jumlah mereka
Walau dimana sekalipun bendera PAS tetap berkibar

Kelab Penyokong (india) menaikkan sepanduk mereka dan berceramah berkaitan dengan PPSMI....pelik, orang melayu UMNO tak reti-reti....
Sepanduk yang dinaikkan dimerata-rata tempat


Anakku yang sulung...Yahya Ayyash turut menyertai perarakan mengiringi Yb Sdr Ir Nizar Jamaluddin sebagai calon di Parlimen Bukit Gantang.

No comments: