Friday, August 7, 2009

1-BANTAH ISA: PESERTA DEMO KALUT KERANA POLIS. 2-DR MA'MOOR DAN PETALING STREET

Ternyata himpunan membantah ISA mendapat sokongan yang begitu hebat. Walaupun kehadiran tidak sampai 100 ribu orang,tetapi mereka yang bersimpati dan membantah penggunaan ISA masih lagi ramai diceruk-ceruk kampung dan Bandar yang sama-sama hadir membantah Akta zalim itu.

GMI sebagai pihak yang menganjurkan himpunan ini telah memberikan jaminan bahawa tidak akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini (andaian saya seperti merosakkan harta benda awam, bergaduh dan sebagainya).Tetapi sebaliknya telah berlaku, dalam keadaan pasukan UNIT AMAL mengawal keselamatan dari perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.
Persoalannya Angkara siapakah ini? Sehingga dilaporkan 1000 orang peniaga mengalami kerugian kira-kira RM10 juta disekitar masjid India dan jalan Tuanku Abdul Rahman.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh GMI ini sebenarnya akan menjadi aman dan tenteram sekiranya polis tidak bertindak diluar batasan.Peserta demontrasi menjadi marah apabila polis menggunakan gas pemedih mata dan water cannon bila berhadapan dengan mereka.Peserta demontrasi datang dari seluruh pelusuk negara berniat untuk membantah ISA bukan untuk membuat rusuhan.

Saudara yang melawati blog saya boleh renung, perarakan mulia menyambut maulid rasul (gambar dibawah) yang aman tenteram ini pun akan menjadi kalut dan sudah tentunya peserta-peserta ini akan mengeluarkan kata-kata yang jahat sekiranya mereka ditembak dengan gas pemedih mata dan disembur dengan water cannon. Tetapi apabila mereka tidak dikacau, maka himpunan akan aman.

Begitulah demontrasi mansuhkan ISA, akan aman sekiranya polis dan Fru tidak menghalang mereka.



Dr Ma'moor Osman (Setiausaha PPIM) telah membuat kenyataan pada Malaysiakini.com bertarikh 7 Ogos 2009. Diantaranya beliau dipetik sebagai berkata "Tetapi, saya nak cerita rasa sengsara orang ramai, akibat daripada demonstrasi. Tapi saya agak kecewa kenapa demonstrasi buat di kawasan orang Melayu.

"Saya bukan racist. Buatlah di kawasan lain, buatlah di Petaling Street, kalau berani. Kenapa buat di Masjid India, kawasan Melayu ramai di situ. "

Kepada Dr Ma'moor saya nak sebut, buat kat mana-mana sekalipun peserta demontrasi akan pergi ke tempat yang akan diarahkan termasuk petaling street. Bukan tak buat di petaling street itu tanda takut,orang yang takut ialah orang yang tak datang berdemontasi.sama saja buat kat mana-mana sekali pun.

Ataupun Dr Ma'moor boleh beri jaminan bahawa buat demontrasi di Petaling street polis tak kacau ?.kalau sekiranya polis kacau juga, bagaimana dengan peniaga cina?adakah mereka tidak ada perasaan seperti orang melayu?(bukan bermakna saya menyebelahi bangsa cina sahaja)

Bagi saya penganjur buat kawasan melayu ialah kerana PM orang melayu, Agung orang melayu, yang terajui KDN pun orang melayu dan yang merengkok dalam Akta ISA itu pun sebahagian besarnya adalah dikalangan orang melayu.Jadi sewajarnya buat di kawasan melayu untuk menimbulkan kesedaran kepada masyarakat melayu tentang kezaliman ISA.

Yang sepatutnya Dr Ma'moor hairan ialah kenapa apabila tiba sahaja orang melayu menyertai demontrasi polis terus mengganas dan menangkap beratus-ratus orang yang berdemontrasi,tetapi hindraf (dari bangsa india) pernah berhimpun di K.Lumpur membantah penangkapan pemimpin mereka, tetapi tak sampai 10 orang yang ditangkap. sekarang siapa yang penakut?.

No comments: