Saya, Abg Aziz (aziz bateri) ( Timb. Ydp Pas Kawasan Indera Mahkota) dan beberapa orang sahabat sampai di hotel haritage pada jam 8.30 malam.Hotel itu telah ditempah oleh Sdr Amir Roslan (Ajk Pas Kawasan Temerloh).Sdr Amir merasakan hotel itu sangat strategik untuk menginap kerana berhadapan dengan Masjid Negara yang juga menjadi salah satu tempat berhimpun untuk menuju ke istana negara.
Pada jam 4.30 pagi Abg Mat (Mat Sabu), Sdr Hanipa Maidin sampai, rupa-rupanya mereka baru balik ceramah dari Pendang Kedah. Selepas itu Sdr Adly Zahari (Timb. pesuruhjaya Pas Melaka) dan Sdr Suhaizad (S/U Pemuda Pas Melaka) juga sama-sama menginap di bilik kami.Rasanya sepuluh orang yang menginap dibilik itu.Tapi mujurlah biliknya agak besar.
Pada paginya,saya, Abg Aziz dan Sdr Amir Roslan turun bersarapan,didapati diluar hotel polis sudah mengepung jalan untuk ke masjid negara.Sesiapa yang menuju ke masjid negara akan dihalau, ada yang di periksa bag mereka dan ada yang ditangkap.
Berikut adalah gambar perjalanan kami:
diketuai oleh Sdr Muhammad Sabu dan Yb Gobalakrishnan
Perjalanan kami untuk merentasi Dataran Merdeka disekat oleh
anggota FRU.Sedangkan sebelumnya pagar-pagar itu terbuka
Sdr Muhammad sabu ke Sogo
Sdr Hanipa Maidin, Aziz Bateri dan blogger berarak
menuju ke Sogo
"Hancur Kezaliman".
Sahabat-sahabat dari Masjid negara, dan Masjid jamek mula memenuhi kawasan sogo
muslimin,muslimat dan juga peserta dari Non muslim membasuh muka
peserta menuju ke Pejabat Agung Pas.Inilah aksi sahabat-sahabat yang terkena
Gas pemedih mata
Inilah suasana dihadapan Pejabat Pas jalan raja Laut semasa
pimpinan PR memberikan ucapan
Kalau tidak ada yang ini, sudah tentu mereka tidak akan
mampu menyekat kemaraan peserta Demontrasi
cuba untuk menceroboh masuk ke dalam pejabat agung Pas Pusat.
Beginilah keadaannya layanan kepada pembangkang apabila berdemontrasi untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka. Amat berlainan sekiranya demontrasi itu didalangi oleh penyokong-penyokong kerajaan.Lihatlah antara gambar antara dua darjat dibawah ini.
Gambar ehsan dari blog pahangdaily
No comments:
Post a Comment