Pada bulan Mei yang lalu saya telah menulis tentang maruah PDRM yang telah tercalar.Perkara ini telah didedahkan oleh majalah mastika bagaimana seorang pesalah jalanraya yang sepatutnya membayar saman sebanyak RM300 tetapi diminta oleh anggota polis itu supaya ianya diselesaikan disitu sahaja.Bermakna tak perlu bayar saman, duit kopi je...
Baru-baru ini semasa himpunan membantah ISA sekali lagi berlaku apabila sahabat-sahabat daripada Kuantan ditangkap dan ditempatkan di satu balai meminta anggota polis supaya membeli nasi, kerana nasi yang dibekalkan kepada mereka berlaukkan ikan yang berbau busuk.Maka nasi 3 bungkus dikenakan RM130.00. oleh anggota polis itu.
Bermakna, semakin lama semakin menjadi jadi....Tidak hairanlah akhir-akhir ini ada polis yang merompak dan sebagainya kerana makanan haram telah masuk ke dalam perut mereka dan telah menjadi darah daging mereka.
No comments:
Post a Comment