Wednesday, August 19, 2009

PERIHAL PUASA BINATANG

Menjelang bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, ada orang yang gembira menyambut kedatangannya dan tidak kurang juga yang resah gelisah untuk berhadapan dengan bulan ini kerana menyekat mereka dari makan,minum dan memuaskan hawa nafsu mereka tetapi mereka masih menunaikan puasa, dan yang lebih parah lagi adalah mereka yang terus tidak mengerjakan tanggungjawab kefardhuan ini.

Alangkah hinanya apabila ada manusia yang termasuk dalam golongan yang ketiga (langsung tidak berpuasa) kerana tidak mengikut arahan Allah SWT.Lagikan binatang yang tidak dibebankan dengan tanggungjawab untuk beribadah kepada Allah SWT boleh berpuasa. Lihatlah :

1. Anjing berpuasa semasa pasangannya hilang atau ditimpa musibah yang menyakitkan diri.

2. Burung-burung yang dikurung di dalam sangkar, ia begitu sedih semasa dikurung.Ia berpuasa semasa kebebasannya dibelengu.

3. Ikan Salmon menahan dirinya di dalam sungai sampai bertelur.Perkara yang mengkagumkan adalah ikan itu mampu menempuh perjalanan yang jauh semasa berpuasa iaitu sejauh 1500km. Para ahli zoology air menegaskan bahawa dalam perjalanan itu ikan-ikan salmon itu tidak punyai waktu untuk berehat dan makan.Puasa membantu ikan-ikan itu mengatasi gelombang lemak yang boleh menyebabkan tubuhnya membesar.

4. Beruang putih betina berpuasa sepanjang musim sejuk dengan kaedah menutupi dirinya dibawah gumpalan salji yang tebal.Selepas musim sejuk beruang itu tadi tidak lagi berpuasa.

5. Burung betina hanya berpuasa pada musim panas,apabila sudah habis berpuasa,burung betina itu menjadi kurus dan kembali menyambung aktivitinya semula.Burung berpuasa kerana untuk mengumpulkan lemak bagi berhadapan dengan cuaca buruk dan kesihatan yang kurang stabil.

Itulah diantara binatang-binatang yang berpuasa.Walau bagaimanapun puasa mereka tidaklah seperti kita, yang menahan makan, minum dan nafsu syahwat , tetapi mengikut cara masing-masing seperti yang telah disebut.Apapun manusia yang tak puasa malulah pada binatang yang berpuasa.

No comments: