Sunday, September 6, 2009

NAIB YDP PAS KAWASAN KUANTAN PULANG KE RAHMATULLAH

(Gambar Belakang) Ustaz Bahrin Muhammad berjanggut dan memakai vest

Al-Fatihah..... buat ustaz Bahrin bin Muhammad yang telah pulang ke rahmatullah pada jam 11 malam ini. Beliau jatuh ketika sedang berusrah dengan ahli Pas cawangan beliau di Markaz Tarbiyyah Islamiyyah Peramu (Putip).Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Sebelum ini beliau adalah bekas ketua Pemuda Pas Negeri Pahang di era tahun 80an.Pernah menjadi calon di DUN Jenderak , DUN Penur pada tahun 1995 dan bertanding di DUN Tanjung Lumpur pada tahun 2004.

Pada pemilihan pucuk pimpinan tahun 2009 beliau dipilih sebagai Naib YDP Pas Kawasan Kuantan dan diberikan amanah sebagai Pengarah Pilihanraya Parlimen Kuantan. Kehilangan beliau amatlah dirasai kerana jasanya untuk jemaah yang tidak sedikit.

1 comment:

albelurani said...

salam ust.

Moga Allah Cucuri rahmat ke atas rohUst bahrin..

mohon hebah2kan sumbangan untuk anak yatim di Putatan Sabah. maklumatnya sila layari blog ini..

http://albelurani.blogspot.com/2009/09/mohon-sumbangan-untuk-anak-yatim.html

Moga usaha kita ini ada barakohnya sempena di akhir ramadhan ini.

salam perjuangan dari bumi Sabah.