Tuesday, August 10, 2010

MENGGAMIT NOSTALGIA SILAM -1

KU PERSEMBAHKAN KISAH SAHABAT-SAHABAT INI UNTUK
MENGGAMIT KEMBALI NOSTALGIA LAMA SEMPENA JUBLI PERAK MDQ




Baju berbelang itu ialah Ust Zaid Tahir,sekarang merupakan seorang ahli perniagaan yangBerjaya di Bandar kuantan.Beliau adalah generasi kedua pelajar DQ.Anak kelahiran Tok Randok Ajil ini merupakan graduan Al-Azhar Kaherah. Bagi pelajar-pelajar DQ di Mesir, beliau adalah ibu, ayah dan sebagai kawan.Seingat aku rumahnya sentiasa punyai tetamu dari furu’-furu’ Al-Azhar yang lain.Bermula dari akhir Mahattah Hayyu Sabeik hinggalah beliau berpindah ke Asrama KPT Hayyu Asyir.

Berbaju merah itu ialah Ust Habib Ibrahim, beliau adalah antara pelajar DQ yang paling muda melanjutkan pelajaran ke Mesir. Ust Habib belajar di Universiti Al-Azhar cawangan Tanta dan beliau tinggal di superbay,sebuah penempatan pendalaman yang tidak jauh daripada kuliah. Beliau tinggal dirumah yang punyai sepuluh bilik.Aku akan mengambil masa sehari suntuk apabila pergi menziarahi rumah tersebut kerana kesemua sepuluh orang itu adalah kawan-kawanku.


Berbaju melayu ini pula bernama Muhammad Dahan yang tinggal dalam DUN Tepuh.Semasa di Mesir beliau adalah taukeh tiket kapal terbang.Masihku ingat lagi, semasa rombongan mereka baru menjejak kaki ke bumi ambia’ ini, Ust Md dahan mengunjungi rumahku di jalan Syari’e Bahr (Rumah tingkat 7.Berhadapan dengan pusat telekom Mesir).Imran Arif rakan serumahku menyuruh beliau pergi ke kedai untuk membeli sesuatu dan berpesan kepadanya “Jangan lupa beli kubri sama ye”. Kubri bermaksud jambatan.Beliau mendirikan rumahtangga dengan anak Ust Abu Bakar Abdullah (Ydp Pas Kawasan Kuala Nerus dan bekas Exco Kerajaan Negeri Terengganu).pasangan ini mempunyai sepasang anak kembar dan sekarang berkhidmat di Sekolah Rendah Islam Darul Bayan Paka.


Berkopiah hitam ialah Akh Zam-zam Zakaria, beliau merupakan rakan sekelasku dari tahun 1990 lagi.Beliau tinggal di Kg Belubur Rusila. Bekerja di pejabat perhubungan Pas Negeri Terengganu.Aku agak kagum dengannya kerana mampu bertahan lama bekerja dengan jemaah, disaat Pas kalah di Terengganu pada tahun 2004 beliau tetap bersama-sama jemaah. Seingatku,aku pernah bersama-samanya ke Lubuk Mandi untuk mengayak emas sewaktu sekolah cuti.


Berbaju oren hitam itu ialah Ust Kamal Deraman,beliau ialah graduan Al-Azhar Tanta.Rumahnya adalah rumahku kedua kerana rakan serumahnya adalah rakanku juga iaitu Ust Zaharuddin Muhammad (Pasir Panjang, Terengganu) dan Ust Rifaen Ramli (Kg Oh, Jabi ). Ust Kamal seorang yang ringan tulang, setiap kali program diadakan, beliau tidak terlepas dari menjadi AJK Adhoc, kebiasaannya beliau akan pegang portfolio perhubungan dan beliau menjalankan tugas dengan baik.


Apabila pelajar-pelajar baru DQ tiba dari Malaysia, maka beliaulah yang akan menjadi musyrif.Aku suka mengajaknya kemana-mana kerana idea dan celotehnya boleh mencuit hati.Sampai sahabat-sahabat yang bukan dari DQ pun suka bila bergurau dengannya.


Pernah satu ketika ada tetamu datang kerumahnya, beliau, ust din dan ust rifaen sedang makan nasi, bila pintu dibuka,ust din terus memperlawa sahabat itu makan bersama, Ust Kamal pun menyampuk “Eh Din…jangan ajak sangat, kekgi mari sungguhkan..” terkejut tetamu tadi sedangkan beliau bergurau.Sebenarnya banyak lagi kisah dan kenangan yang pernah aku lalui bersamanya.Tapi mungkin setakat ini dulu.


Ust Muhd Rifaen Ramli…itulah nama pemuda yang hensem sedang memegang baby. Bagiku beliau adalah seorang pelajar yang agak pintar dalam pelajaran.Ust Rifaen adalah graduan Al-Azhar Tanta. Tak lokek melayan tetamu yang datang dari pelusuk cawangan Al-azhar.Rumahku adalah rumahnya yang kedua.Kerana beliau selalu bertandang kerumahku yang boleh dikatakan tga tingkat rumah pelajar Malaysia di imarahku itu adalah sahabat-sahabatnya,maka rumahku menjadi tempatnya menumpang.


Pernah satu pagi beliau mengajakku berjogging di balapan stadium Tanta.Aku hanya dapat tawaf stadium itu hanya enam round sahaja tetapi beliau mampu sehingga dua belas round.Beliau tinggal di Kampung Oh Jabi dan telah berkahwin dengan Ustazah Rosmalizam Muhammad, graduan dari al-Azhar Mansourah.

Pakai cermin mata dan berbaju hitam adalah Ust Khairi Zainuddin, beliau merupakan AJK Dewan Ulama’ Pas Pusat yang terlibat secara langsung dengan Dewan Ulama’ Pas Negeri Sembilan.Beliau dilihat seorang yang gigih dalam mengusahakan sesuatu.Semasa di Mesir beliau telah mengeluarkan sebuah kamus istilah akhbar untuk kemudahan pelajar-pelajar yang berada disana. Sebelum daripadanya beliau telah menyusun buku yang bertajuk pengurusan jenazah.Setelah pulangnya ketanah air kali kedua beliau telah menyusun kamus al-miftah


Beliau adalah generasi kedua DQ. Ust Khairi Zainuddin pernah dilantik menjadi Presiden PPDQ selepas dari Ust Jihadi Jazmi Abdul Hamid. Semasa beliaulah PPDQ begitu cemerlang dengan pelbagai aktiviti.


Gerangan berbaju merah (sebelah Ust Khairi Zainuddin) ini bernama Ust Khairul Huda Muhammad dan tinggal di Banggol Peradong.Beliau digelar dengan nama Kudduke.Mungkin kerana wataknya atau ceramahnya bernada demikian.Wallahu Aklam. Beliau merupakan graduan Al-Azhar Kaherah.Pernah dilantik sebagai Bendahari KPT (Keluarga penuntut Terengganu) dan Exco PMRAM. Suatu ketika dulu rumahnya diakhir mahattah Hayyu Sabeik tempatku bersantai kerana ia berada ditingkat lima.Mudah untuk ku menghirup udara yang seadanya itu.Bagiku beliau merupakan seorang yang tegas dalam mempertahankan prinsipya.

Seorang lagi sahabat sekelasku, iaitu Ust Kamaruzzaman Sudin, beliau berasal dari kampong Lingai Batu Rakit, beliau selalu mengambil berat persoalan politik semasa.Bila bertemu denganku dimana-mana tempat, pasti aku dihidangkan dengan isu-isu semasa yang berlaku di negeri Terengganu.


Ketrampilannya juga kadang-kadang seperti seorang wakil rakyat apabila sentiasa berbaju kemeja batik semasa hendak pulang ke kampong atau ketempat-tempat lain. Aku juga kagum dengannya, kerana beliau sangat istiqamah menghadiri muktamar pas pusat semenjak dari bangku Darul Quran lagi.Kini beliau mengajar di sebuah sekolah swasta di Negeri Selangor.


Namannya Mohd Soud bin Said, berasal dari Kg Gong Tok Nasik Kuala Terengganu. Beliau merupakan graduan Al-Azhar Kaherah.Kini adalah pensyarah di KUDQI dan merupakan Exco Dewan Pemuda Pas Terangganu dan merupakan generasi pertama di Darul Quran.Aku sempat generasi mereka. Ust Soud semasa zaman pelajarnya adalah seorang yang garang dan ada masanya boleh bergurau.


Beliau adalah seorang yang rajin mentelaah pelajaran terutamanya Al-quran,semasa di DQ, apabila suara azan ingin dilaungkan,pastinya terlebih dahulu akan mendengar suara beliau yang mengulang Al-Quran di sebelah kanan mimbar masjid Rusila.


Pada pilihanraya Umum tahun 1990 beliau telah membawaku kerumahnya di Kg Gong Tok Nasek,biliknya terususun rapi dengan tape-tape ceramah yang tak pasti bilakah takrikhnya. Walau apapun aku iktiraf bahawa ust Soud adalah diantara mereka-mereka yang Berjaya dalam kerjaya dan Berjaya membina kekuatan jemaah dikawasan beliau.Sekarang beliau juga diamanahkan sebagai Pengerusi Lepasan Pelajar Ma’ahad Darul Quran.

Tersengih…ini ialah Ust Abdul Rahim Abdullah berasal dari Besut Terengganu, beliau juga adalah generasi yang pertama DQ. Beliau seorang yang serius dengan pelajar-pelajar bawahan melainkan yang setaraf dengannya sahaja. Ust Abdul Rahim bolehlah dianggap sebagai orang yang hebat ketika beraksi dipadang bola.Setakat 4-5 orang lawan, hanya beliau seorang sahaja.


Mula-mula aku menjejaki kakiku ke Darul Quran aku gerund melihat perwatakannya seperti seorang komando. Pernah satu petang aku terlewat mandi, beliau lancer kepadaku selaras kayu tajam, nasibnya aku tunduk untuk mengambil air dan tak terkena kayu itu. Berderau darahku..cepat-cepat aku naik untuk menyelamatkan diri.


Semasa di Mesir beliau digeruni oleh mereka-mereka yang menentang PMRAM dan beliau juga adalah jurulatih pasukan bola anak-anak Terengganu di Mesir.Kehebatan beliau ialah masih lagi mampu untuk bercakap bahasa arab Ammi walaupun sudah hampir sepuluh tahun beliau meninggalkan mesir.

Ust Sabri bin Bidin, keluarganya sekarang menetap di Endau Johor dan berasal dari Merchang Terengganu,sekarang beliau bekerja di Kuantan.Empat tahun lepas seingat aku beliau datang bertemu mata denganku selepas selesai solat jumaat di Masjid Balok Makmur, kemudian sampai sekarang aku tidak lagi bertemu dengannya.Mungkin beliau sibuk dengan kerjanya.


Beliau adalah mahasiswa dari Universiti Al-Azhar Damanhour, aku juga sering kerumahnya.Seingat aku ahli baitnya di Damanhour ialah Tarmizi Rasyid, Wan Amiruddin, Mazlan Ismail, Azharul giman dan seorang lagi yang aku lupa namanya. Beliau juga adalah diantara Ajk majalah yang dikeluarkan oleh KPT pada setiap bulan dan beliau juga sering menjadi Ajk Adhoc ketikamana sesuatu program nak dilaksanakan samada di peringkat muhafazah atau Negeri.

Namanya ialah Ust Ridhwan bin Yunus berasal dari Besut Terengganu.Pernah menuntut di Pakistan dan Yaman.Sekarang dengarnya berniaga…Alhamdulillah, rezeki masing-masing.Beliau pernah memegang jawatan sebagai Presiden PPDQ. Aku sendiri pernah menjadi Ajknya. Panggilan manjanya ialah IWE, orangnya mudah untuk didekati oleh sesiapapun.


Semasa di DQ beliau bagaikan ayah kepada pelajar-pelajar yang berasal dari Besut, aku tengok beliau seperti seketul gula yang dihurungi oleh adik-adik baru untuk bertanya pelbagai persoalan kepadanya.Aku tidak ada peristiwa sangat pahit manis bersamanya, kerana terpisah dek benua pengajian yang jauh…tetapi aku baik dengannya.


Insan ini bernama Khalid Rushdan bin Muda, berasal dari Pondok Limau, Ibok Kemaman.Beliau adalah generasi yang pertama DQ dan graduan Al-Azhar Kaherah dalam bidang Usuluddin Aqidah wa Falsafah.Dirumah ust Rushdanlah aku ditauzi’kan setibanya aku di bumi Mesir.Beliau tinggal bersama Ust Ayub Yusuf, Ust Ghazali Abdul Ghani dan Ust Ahsan Iradat. Sekalipun dilihat slow orangnya, tetapi lincah beraksi ditengah padang mencari ruang untuk membolos pertahanan musuh.


Beliau adalah generasi pertama DQ dan orang yang paling baik dengan Amir Che Muda (anak bekas tukang masak).Orang lain termasuk aku pernah berkawan dengan Amir tapi tak lama, kerana ada iddah berkawan dengannya melainkan Ust Rushdan sahaja. Beliau juga adalah seorang kreatif dalam penulisan,bahasanya cukup indah bahkan pernah disiarkan didalam beberapa buah akhbar.

Yang ini pula namanya ialah Wan Abdul Aziz Wan Arif, berasal dari Bari Besar Setiu,beliau sekelas denganku dari kelas Awal I’dadi lagi.Ayahnya ketika itu adalah saudagar ciku.Abangnya bernama Wan Anuar juga merupakan kawan baikku.


Aku punyai kenangan pahit tersendiri dengan Wan Aziz ini, ketika itu aku ditahun 2,masih lagi nakal budak-budak. Aku dan aziz telah merancang untuk pergi ke stadium. Perlawanan malam itu Terengganu berentap melawan Singapore.Semasa aku berada didalam dewan peperiksaan tiba-tiba ust Baliat Amimi menghampiriku dan beliau ingin bertemu denganku dan khairul Azmi pada malam tersebut, jadi terpaksalah aku batalkan program untuk ke stadium.


Aziz tetap meneruskan hasratnya dengan beberapa orang sahabat-sahabatnya yang lain, menyebabkan hampir 15 orang tertangkap termasuk Abdul aziz.Aku telah diselamatkan oleh Ust Baliat Amimi.


Nama beliau ialah Tarmizi Othman,berasal dari Chini….masih lagi bujang.Beliau adalah generasi DQ yang ke Sembilan mungkin.Untuk berjumpa dengannya tak susah, pergi je kat program ceramah memang berjumpa dengannya.Sebelum Nampak penceramah terlebih dahulu kita akan jumpa beliau kerana beliau menolong sahabatnya berniaga CD.


4 bulan lalu aku berehat di wad Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan kerana sakit batu karang. 4 hari aku bermukim disitu, berkebetulan Akh Tarmizi juga berada disana kerana menjaga adiknya kemalangan jalanraya di Chini. Malam kedua beliau menemaniku sehingga jam 12.00 malam ,banyak topic yang diperbincangkan dan aku percaya thaqafahnya agak tinggi.


Sahabatku ini bernama Tarmizi Rasyid, berasal dari Kampung Kubang Tepok, Manir. Beliau adalah graduan Al-Azhar Damanhour, sekarang mudir Sekolah Rendah Al-Ihsan Kubang Lembek Manir. Jawatannya semasa di DQ ialah PPDQ (Persatuan Pelajar Darul Quran) dan pernah memegang jawatan sebagai pengawas. Satu ketika terkejut aku..apabila beliau menangkap pelajar yang lebih tua umur darinya dengan kesalahan lari dari sekolah.


Kehebatan beliau ialah pandai memasak, sebut apa menu sekalipun,beliau akan masak. Alhamdulillah walau apapun aku ucapkan tahniah kepada beliau kerana mengikat diri dengan jemaah setelah kembalinya dari Mesir.Sekarang beliau Exco Dewan Pemuda Pas Kawasan Hulu Terengganu.

Ini pula ialah Ust Ayub Ngah, berasal dari Kg Mengambang Panjang Batu Rakit.Beliau telah melanjutkan pelajarannya ke Yaman dan merupakan generasi yang ke Sembilan DQ. Rasanya beliau adalah produk sulong Sekolah rendah islam Darul Taqwa Batu 6.


Aku tidaklah mesra sangat dengan generasinya semasa di DQ dulu, tapi beberapa bulan sebelum aku tinggalkan DQ, aku menjadi rapat dengan mereka dan beliau pernah aku isra’kan beliau ke rumahku di Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut sebulan sebelumku terbang ke Mesir.


Sehinggalah beliau pergi ke Yaman masih lagi mengutus surat dan menghantar email kepadaku.

Aku pulang dari Mesir pada akhir tahun 2001, dan bertemu dengannya kembali semasa program JUBLI EMAS DEWAN PEMUDA PAS PUSAT yang diadakan di Kampung Sg Pau Sik Kedah.


Semasa hari perkahwinannya, aku sempat menghimpit masa untuk hadir meraikan “ hari ini dalam sejarah “ mereka. Sekarang beliau berkhidmat disebuah sekolah swasta di Negeri Selangor. Walau apapun aku harapkan suatu hari nanti beliau pulang ke kampong asalnya (DUN Batu Rakit) untuk membantu Akh Fadhol Ismail melaksanakan program-program.


BERSAMBUNG....

1 comment:

Ridhuan said...

Assalamualaikum w.b.t

Minat sangat bace cite2 gini.. :)
Saya generasi ke 15 DQ.. Sempat dengan ustaz Ayub Ngah je.. Apepun, x sabar nak tunggu sambungan.. :)