Saturday, August 28, 2010

ROSMAH PUN BERUCAP DALAM MASJID TAK TUTUP AURAT


BESUT, 28 Ogos (Bernama) -- Pemimpin Islam dalam pakatan pembangkang diminta menasihati rakan masing-masing terutama dari DAP supaya mematuhi hukum-hukum Islam berhubung penggunaan tempat ibadat seperti masjid dan surau.

"Islam mempunyai batasan tertentu dalam penggunaan rumah ibadatnya supaya ia tidak dicemari dan dipergunakan sewenang-wenangnya hingga menimbulkan rasa tidak puashati kepada orang Islam di negara ini," kata Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin.

Katanya, tempat ibadat adalah merupakan tempat yang suci dan sepatutnya ia tidak boleh dicemari dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum-hukum Islam yang diamalkan oleh penganut Islam di Malaysia.

Justeru, katanya, tindakan Anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan menyampaikan "tazkirah" di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral Ahad lalu adalah amat memalukan dan mendukacitakan.

Beliau berkata memang sepatutnya sebagai Ketua Agama, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan dukacita dengan apa yang berlaku.

Dr Abdullah berkata sepatutnya pemimpin pembangkang yang beragama Islam prihatin terhadap perkara tersebut dengan lebih awal memberikan nasihat kepada rakan bukan Islam mereka berhubung apa yang dibenarkan dan batasan dalam Islam.

Katanya, mengikut peraturan dalam Islam, wanita sepatutnya menutup aurat apabila memasuki sesebuah rumah ibadat seperti masjid ataupun surau.

ULASAN :Terlebih dahulu Dato' Abdullah Md Zin menasihati perempuan yang dalam gambar tengah berucap tu...Jambul dia tu bukan aurat ke ? sebab dia orang islam sama seperti Dato' juga,...kenapa ? Tak berani nak tegur ke? sama-samalah kita doa semoga allah beri hidayah kepadanya...:)

3 comments:

ashadi said...

tp yg berbeza disini,rosmah kenal siapa Tuhan yg menciptakannya...walaupun dia tak bertudung..tp dia menyembah Allah..tp yg PAS bawak masuk tu orang yg tak mengaku Allah tu Tuhan yg Esa...yg tak mengaku Islam tu agama Allah...tu laa bezanya....susah kalau jd org buta ilmu

Fadhli bin Ibrahim said...

SEKARANG NI..ORANG DOK BAHAS TENTANG APA YG DISEBUT OLEH DATO' ABDULLAH MD ZIN..NAK MASUK MASJID KENA TUTUP AURAT....SEKARANG ROSMAH TAK TUTUP AURAT..BUKAN MASALAH DAP TU..

DPP JERANTUT said...

hang kot buta ilmu....gambar pun tak keruan jeee...

hang tengok ni...pendapat ulamak kata apa....

pendapat Mazhab Syafie, orang bukan Islam dilarang secara mutlak memasuki Masjidil Haram seperti dinyatakan firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman. Sesungguhnya (kepercayaan) orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid al-Haram sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu daripada limpah kurnia-Nya, jika Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah at-Taubah, ayat 28)

Masjid lain pula pada pandangan ulama Syafi’iyah adalah diharuskan jika bertujuan baik. Ulama ini berpegang pada hadis sahih diriwayatkan Bukhari, menjelaskan bahawa sekumpulan tentera Islam yang baru kembali dari medan perang Nejad membawa seorang tawanan perang bernama Tsumamah Utsaal dari Bani Hanifah yang ketika itu belum beragama Islam dan mengikatnya pada tiang dalam sebuah masjid.

Kemudian Rasulullah SAW menuju kepada tawanan itu seraya bersabda: “Lepaskanlah Tsumamah.” Kemudian Tsumamah berangkat menuju ke kebun kurma berdekatan masjid dan mandi. Selepas itu Tsumamah masuk semula ke dalam masjid sambil melafazkan kalimah dua syahadah menjadi seorang muslim.”

Berdasarkan hadis itu nyata bahawa jika tindakan membawa seseorang bukan Islam ke dalam masjid menjadi satu kesalahan tentu sekali Rasulullah SAW akan menegur tindakan sahabat membawa masuk Tsumamah ke dalam masjid itu.

Bagaimanapun bagi menjamin dan memelihara kesucian masjid, pihak pengurusan perlu membuat peraturan sesuai umpamanya dimestikan menutup aurat, tidak meninggikan suara atau membuat bising serta menentukan masa sesuai yang tidak mengganggu umat Islam menunaikan ibadat.

Payahlaa kalau dah dok dalam umno ni...