Sinar Harian hari ini memuatkan berita tentang ucapan Yb Mohd Shafei Afdal ketika merasmikan Mesyuarat perwakilan UMNO Rompin, beliau berucap di Muadzam Shah. Tajuk sinar harian itu “Apa pembangkang buat untuk agama dan bangsa” .
“Katanya, dengan menjawab persoalan itu dengan ikhlas, orang melayu akan sedar bahawa parti pembangkang seperti Pas, mahupun keadilan rakyat (PKR),bukanlah sebuah parti yang mampu untuk mempertahankan kedaulatan bangsa, agama dan Negara.
“Contohnya Pas, sudah Sembilan belas tahun memerintah Kelantan, apa jadi dengan orang melayu? Kemiskinan paling tinggi. Projek pembangunan? Kerajaan pusat yang buat. Jalan raya? Kerajaan pusat yang buat.Masjid? Kerajaan pusat yang buat.Jadi, apa yang mereka (pas) buat?”Katanya ketika merasmikan Mesyuarat perwakilan Umno Rompin semalam.
Jelas sebenarnya kehadiran Naib Presiden Umno itu ke Parlimen Rompin adalah untuk menipu perwakilan-perwakilan Umno Rompin. Contoh-contoh yang di sebut oleh Syafei Afdal langsung tak menunjukkan beliau selaku orang nombor tiga dalam Umno.
I. Syafei Afdal kata “Pas, sudah Sembilan belas tahun memerintah Kelantan, apa jadi dengan orang melayu? Kemiskinan paling tinggi”.
Jawapannya: Kerajaan Pas Kelantan memerintah selama Sembilan belas tahun telah Berjaya menurunkan kadar kemiskinan dari tempat ketiga ke tempat yang keenam. Lihatlah jawapan yang telah dikemukakan oleh PM pada tahun 2007
Ini kerana mengikut jawapan PM bertarikh 3 September 2007 dalam persidangan Dewan Rakyat, menyatakan bahawa statistik kemiskinan tegar di Malaysia, negeri termiskin ialah Sabah. Negeri kedua termiskin ialah Terengganu yang juga merupakan negeri pengeluar kepada hasil petroleum negara, kemudian diikuti dengan negeri Perak, Sarawak dan Kedah. Kelima-lima negeri termiskin di Malaysia ini ditadbir oleh Barisan Nasional (BN). – (selepas Pilihanraya Umum 8/3/08 – Kedah dan Perak telah ditadbir oleh Pakatan Barisan Alternatif)

Statistik Kemiskinan Tegar di Malaysia .
Tempat Pertama: Sabah - 32,400 Orang
Tempat Kedua: Terengganu - 8,300 Orang
Tempat Ketiga: Perak - 5,700 Orang
Tempat Keempat:Sarawak - 5,200 Orang
Tempat Kelima: Kedah - 5000 Orang
Tempat Keenam: Kelantan - 3,600 Orang
Salah seorang Ahli Parlimen negeri Sabah Di bawah Bayu ialah Yb Mohd Syafei Afdal yang merasmikan mesyuarat perwakilan Rompin ini. Walaupun statistic ini pada tahun 2007, bagi saya tidak masuk akal kerajaan BN dapat merubah angka kemiskinan di negeri Sabah dalam masa tiga tahun, ini bermakna negeri yang termiskin adalah negeri sabah.
II. Syafei Afdal kata :Projek pembangunan? Kerajaan pusat yang buat. Jalan raya? Kerajaan pusat yang buat. Masjid? Kerajaan pusat yang buat Jadi, apa yang mereka (pas) buat
Jawapannya: Siapa-siapa yang pergi ke Kelantan, mereka akan melihat pembangunan yang begitu pesat membangun. Sekarang MPBK ( Perbadanan Menteri Besar Kelantan) sedang menjalankan beberapa program seperti projek Bandar baru Tunjung, Madinatul Raudhah, bazaar Tok Guru dan Kelantan Stonor Tower.

Bandar Satelit Kota Bharu ini sedang dalam pembinaan terletak di Kubang Kerian dan dijangka siap sepenuhnya pada 2011 selain mempunyai ciri-ciri moden dan islamik.
Bangunan Kota Bharu Trade Center ini hampir siap sepenuhnya dibina di atas tapak pasar malam Parit Dalam menempatkan ruang niaga serta menjadi tempat tumpuan di tengah Bandaraya Kota Bharu.
Bazar Tok Guru ini terletak di Jalan Sultan Ibrahim berhadapan KB Mall menempatkan ruang niaga yang luas bercirikan islamik menempatkan sebuah masjid di dalam dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2012.
Bangunan Kelantan Stonor Tower
Menara Kelantan Trade Center telah siap pada awal tahun ini menempatkan ruang pejabat 28 tingkat dan pusat Konvensyen yang moden di litupi bumbung berbentuk kubah di bina berhadapan Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Bangunan Kota Bharu Trade Center ini hampir siap sepenuhnya dibina di atas tapak pasar malam Parit Dalam menempatkan ruang niaga serta menjadi tempat tumpuan di tengah BandarayaKota Bharu.
Itu adalah diantara pembangunan yang sedang dilaksanakan.Sepatutnya Umno Kelantan jemput Syafei Afdhal ke Kelantan sama, tunjuk kepadanya pembangunan negeri orang miskin.Miskin-miskin kelantan, takde lagi yang makan siput babi, tapi di sabah dah ada.
Tentang jalanraya kita akui,kerajaan pusat yang buat, tetapi munasabahlah kerana setiap cukai dalam negeri semuanya kerajaan pusat yang ambil melainkan cukai tanah sahaja yang dapat kepada kerajaan negeri.Siapa-siapa yang memerintah Negara, samada UMNO, PAS,ASLI dan sesiapa sahaja maka mereka bertanggungjawab melaksanakan infrastruktur asas ini.
Manakala Masjid di Kelantan adalah peruntukan daripada MAIK (Majlis Agama Islam Kelantan).Langsung tidak ada kena mengena dengan kerajaan pusat.
Kalau orang ketiga dalam parti pun bercakap menipu, yang dok di negeri dan bahagian tak tahulah… walau apapun syafei afdal kena balik ke sabah dulu, ajak MP Kinabatangan sama buat perubahan atau reformasi biar orang sabah maju.
1 comment:
Salam ziarah,
Al-Mankaraqi
almankaraqi.blogspot.com
Post a Comment