Monday, January 12, 2009

KELEBIHAN BERJIHAD DI JALAN ALLAH - 1


KEUTAMAAN JIHAD

فليقاتل فى سبيل الله الذين يشرون الحيوة الدنيا بالأخرة ومن يقاتل فى سبيل الله فيقتل أو يغلب فسوف نؤتيه أجرا عظيما
Maksudnya : Oleh itu, orang-orang (yang beriman) Yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). dan sesiapa Yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala Yang besar.

1) Abu Said meriwayatkan daripada RasuluLlah SAW beliau bersabda:
من رضى بالله ربّا وبالإسلام دينا وبمحمد نبيّا وجبت له الجنة
Maksudnya: Barangsiapa yang redha Allah sebagai tuhannya, islam sebagai agamanya dan Nabi Muhammad sebagai rasulnya maka wajib baginya masuk syurga.

Mendengar ucapan tersebut, takjublah Abu Said lalu beliau berkata “Ulangilah ucapan tersebut padaku Ya RasuluLlah.” Nabi SAW mengulangi ucapan tersebut kepadanya. Kemudian beliau bersabda :
وأخرى يرفع بها العبد مائة درجة فى الجنة ما بين كل درجتين كما بين السماء والأرض
Maksudnya: Dan ada amalan lain, Allah akan meninggikan bagi seorang hamba dengan seratus darjat tingkatan di dalam jannah. Jarak diantara dua darjat tingkatan tersebut sebagaimana jarak antara langit dan bumi.

Abu Said bertanya “Apa itu wahai RasuluLlah?”. Nabi SAW menjawab :
الجهاد فى سبيل الله , الجهاد فى سبيل الله , الجهاد فى سبيل الله
Maksudnya: Berjihad pada jalan Allah, berjihad pada jalan Allah , berjihad pada jalan Allah
[1]

2) Disebut didalam shoheh Bukhari, hadith yang ke 2787.Nabi SAW telah bersabda :
مثل المجاهد فى سبيل الله كمثل الصائم القائم القانت بأيات الله لا يفتر من صيام ولا صلاة حتى يرجع المجاهد فى سبيل الله تعالى
Maksudnya: Perumpamaan orang yang berjuang dijalan Allah seperti orang yang berpuasa, berdiri solat dan membaca ayat-ayat Allah. Dia tidak berhenti dari puasa atau solatnya sehingga orang itu kembli dari perang.

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani berkata didalam Fathul Bari : RasuluLlah SAW menyamakan keadaan orang yang berpuasa dan solat (terus menerus) dengan keadaan seorang mujahid dalam memperolehi pahala dalam setiap gerak dan diamnya. Kerana yang dimaksudkan dengan seorang yang berpuasa dan solat adalah yang tidak pernah berhenti beribadah sesaat pun, maka pahalanya akan terus mengalir. Begitu pula keadaan seorang mujahid, tidak sesaat pun dari waktunya melainkan Allah SWT memberikan pahala kepadanya.

KEUTAMAAN KELUAR UNTUK BERJIHAD
DI JALAN ALLAH

Sabda Nabi SAW :
تضمّن الله لمن خرج فى سبيله لا يخرجه إلا جهادا فى سبيلي وإيمانا بي وتصديقا برسلي (فهو عليّ ضامن) أن أدخله الجنة أو أرجعه إلى مسكنه الذي خرج منه نائلا ما نال من أجر أو غنيمة
Maksudnya: Allah telah menjamin bagi seseorang yang telah keluar ke jalannya, tidak ada yang mendorongnya untuk keluar, kecuali untuk berjihad dijalanku, kerana iman kepadaku serta membenarkan rasulku (maka aku yang menjaminnya)
[2], bahawa aku akan memasukkannya kedalam syurga atau mengembalikannya ketempat tinggalnya semula yang mana ia keluar darinya dengan membawa pahala atau ghanimah.[3]

Telah disebut didalam sebuah hadith qudsi, bahawa Allah SWT telah berfirman “Hamba manapun dari kalangan hamba-hambaku yang keluar dari rumahnya untuk berjihad dijalan Allah dengan mengharapkan redhaku, maka aku menjamin baginya. Jika aku mengembalikannya (ketempat tinggalnya semula), aku mengembalikannya dengan membawa pahala atau ghanimah, dan jika aku mewafatkannya maka aku mengampuni dosa-dosanya dan Allah merahmatinya.

BERINFAQ DI JALAN ALLAH

مثل الذين ينفقون أموالهم في سبيل الله كمثل حبة أنبتت سبع سنابل في كل سنبلة مئة حبة والله يضاعف لمن يشاء والله واسع عليم
Maksudnya :Bandingan (derma) orang-orang Yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih Yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa Yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya ( Al-Baqarah 261 )

Seorang sahabat bertanya kepada RasuluLlah SAW. Wahai RasuluLlah, amalan apakah yang paling utama?. RasuluLlah SAW menjawab :
"مؤمن مجاهد بنفسه وماله فى سبيل الله ثم رجل فى شعب من الشعاب يعبد الله "
Maksudnya: Seorang mukmin yang berjihad dijalan Allah dengan jiwa dan hartanya. Kemudian seorang mukmin yang berada dalam sebuah lembah (jauh dari manusia) untuk sentiasa beribadah kepada Allah.
[1] H.R Muslim Kitab kepimpinan. Bab Penjelasan kedudukan mujahidin yang telah Allah sediakan dalam syurga. No 1884
[2] Kalimat dalam kurungan adalah tambahan dalam kitab Shoheh Muslim
[3] HR Bukhari.Kitab Al-Jihad. No 2787.


Bersambung....

No comments: