Saturday, January 3, 2009

PAS MENANG DI PUSINGAN PERTAMA...TAPI JANGAN LEKA PUSINGAN KESETERUSNYA


Calon PAS yang telah telah diumumkan pada 1 January baru-baru ini oleh Presiden Pas Yb Tuan Hj Mohd Abdul Wahid Endut adalah calon yang paling sesuai untuk berada di kerusi P.036 itu.

Walaupun ada kenyataan pimpinan UMNO menyatakan, dengan pencalonan Yb Hj Mohd Abdul Wahid Endut akan memberi laluan yang mudah kepada calon BN untuk menang, tetapi sebenarnya UMNO cukup tertekan dengan pemilihan itu kerana Yb Abdul Wahid Endut telah dikenali ramai. Bukan setakat kawasan Kuala Terengganu bahkan termasuk kawasan-kawasan sekitarnya.

Beliau juga seorang yang cepat mesra dengan sesiapa sahaja yang yang ditemui berbanding dengan calon UMNO yang lebih banyak berada di Kuala Lumpur.
Sementara itu, dalam Malaysiakini.net menyatakan bahawa Othman Awang calon UMNO yang tewas kepada Yb Abdul Wahid Endut pada pilihanraya umum yang lalu berkata “wakil rakyat PAS itu dikenali di kalangan pengundi di DUN berkenaan Sebaliknya, tambah beliau, orang di DUN Batu Burok dan Ladang tidak mengenali beliau.”

Macamana boleh orang yang berada di DUN Batu Buruk dan Dun Ladang tidak mengenali beliau sedangkan beliau adalah YDP PAS Kawasan Kuala Terengganu, disetiap majlis ceramah yang diadakan disekitar kawasan Kuala Terengganu pastinya beliau akan memberikan ucapan alu-aluannya atas tiket YDP PAS Kawasan dan semasa PAS memerintah negeri Terengganu pada tahun 1999-2004, Yb Abdul Wahid Endut adalah salah seorang exco kerajaan negeri Terengganu. Ini bermakna Yb Mohd Abdul Wahid Endut adalah orang yang dikenali ramai.

Pada pusingan pertama ini, sebenarnya UMNO telah kalah apabila mencalonkan Wan Farid sebagai calon. Kerana beliau sering berada di Kuala Lumpur. Berbanding dengan calon PAS yang selalu mendampingi rakyat. Selalu disebut oleh sahabat-sahabat saya “Yb Wahid kalau ada 10 kenduri semuanya dia hadir, walaupun tak makan, tapi tetap hadir atas jemputan rakyat di DUNnya. Pernah satu masa beliau turun selepas subuh dari rumahnya menuju ke rumah orang kenduri untuk menyiang daging. Bagaimana Wan Farid?

Walau apapun petugas dan jentera Pakatan Rakyat jangan selesa dengan pusingan pertama ini, bimbangnya kita tewas dipusingan keseterusnya...munajat dan tawakkal kepada Allah adalah senjata utama kita berhadapan dengan UMNO.

No comments: