Saturday, January 17, 2009

BN BAKAL JADI OLD PAPER

Tahniah diucapkan kepada Yb Tuan Hj Mohd Abdul Wahid Endut yang telah dipilih oleh rakyat sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu. Beliau mengalahkan Dato’ Wan Mohd Farid Wan Salleh dengan mojoriti 2631 undi.

Syabbas diucapkan kepada sahabat-sahabat yang bertungkus lumus untuk memenangkan calon parti islam, semoga segala bentuk pengorbanan yang telah saudara curahkan kepada perjuangan dimedan Kuala Terengganu mendapat sanjungan disisi Allah SWT.

BN semakin layu, selayu bunga yang tidak disinari cahaya matahari setelah dua pilihanraya kecil iaitu Parlimen Permatang Pauh dan Kuala Terengganu jatuh ke tangan pembangkang.

Pakatan Rakyat terus unggul, berkuburlah segala tohmahan yang digembar gemburkan selama ini oleh media dan pimpinan-pimpinan BN yang menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tak boleh bersatu kerana dasar lain-lain, dalam pilihanraya P.036 Kuala Terengganu kita dapat lihat Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Ronnie Lue dan Teresa Kok, mereka berkampung di Kuala Terengganu untuk memastikan kemenangan bagi calon Pas. Yb Chua Tian berjalan lapan kilometer sehari, dari satu rumah ke satu rumah untuk berkempen.

Nampaknya BN sudah makin terpinggir, tak lama lagi BN bakal bergelar old paper .sekarang giliran kita pula, kita tidak boleh hanya setakat bermegah dengan kemenangan yang telah dicapai pada malam tadi. Kemenangan yang dicapai pada malam tadi hendaklah dijadikan semangat untuk meneruskan dakwah dan perjuangan. Orang-orang yang bukan islam semakin ramai menyokong kita, tetapi apakah gerak kerja kita untuk memahamkan mereka tentang islam? Apakah uslub kita untuk menawan hati ahli-ahli UMNO yang masih lagi dibuai mimpi? Ingatlah kemenangan kita ini adalah ujian dan cobaan dari Allah SWT. Bekerjalah kerana Allah…!!!

No comments: