Wednesday, March 18, 2009

Ali Rustam dan Khairy...Tg Rithaudeen hidapi penyakit Dementia ?


Saya baru sahaja membaca Mstar tentang komen YBM Tg Razaleigh Hamzah berkait dengan hukuman yang dikenakan kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno dan dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan minggu depan.

Selain itu, calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin turut didapati bersalah mengikut Perkara yang sama tetapi hanya diberikan amaran dan masih dibenarkan bertanding.Manakala enam ahli diperingkat bawahan digantung selama tiga tahun dan lima ahli digantung selama setahun.


Kalau dulu, Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO inilah yang mencadangkan agar di sayap parti Puteri dan Putera dimansuhkan. Kerana dengan sebab banyak sayaplah rasuah makin banyak dalam UMNO. Tetapi akhir-akhir ini Pengerusi lembaga itu sendiri dicemuh oleh ahlinya kerana tindakan yang dikenakan berlainan hukuman sedangkan kesalahannya dibawah etika yang sama.

beberapa bulan lalu, Ust Nasruddin Tantawi ( Timb. Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat ) dan Ust Mokhtar Senik (Timb. Ketua Dewan Ulama' Pas Pahang ) telah memberikan komen mereka tentang penyakit yang dihadapi oleh UMNO ini.

Nasruddin menyatakan UMNO dijangkiti penyakit Diabetis yang sangat kronik manakala Ust Mokhtar pula menyatakan bahawa UMNO dijangkiti penyakit tulang reput dari dalam yang tidak ada ubat lagi. Kedua-dua penyakit ini diulas selepas kenyataan yang dibuat oleh Tg Rithaudeen sebagai pengerusi lembaga disiplin UMNO yang dianggap sebagai seorang doktor yang telah memberi nasihat kepada UMNO.

Kalau dilihat kepada kes yang diulas oleh Tg Razaleigh Hamzah tadi dalam Mstar, nampak gayanya Doktor yang merawat UMNO sekarang sedang menghadapi penyakit Dementia, tidak mampu lagi merawat UMNO dengan baik. Manakan tidak, Ali Rustam dan khairy melakukan kesalahan dalam satu tataetika tetapi hukumannya berlainan.

No comments: