Tadi (23 March 09) lebih kurang jam 1.10 Pm saya singgah ke kedai ayah Ngah di Batu Tiga untuk mendapatkan akhbar harakah, anaknya memberitahu bahawa harakah telah dirampas oleh KDN.
Perangai menyekat kebebasan bersuara ini telah diwarisi oleh UMNO/BN sejak turun temurun dari musyrikin quraish.Apabila gagal menghalang nabi SAW dengan cara kekerasan,mereka memujuk pula Nabi SAW dengan cara lembut, yang penting bagi mereka Nabi tidak lagi menyampaikan islam kepada masyarakat Makkah.
Inilah kerja buat golongan musyrikin quraisy, sama juga dengan UMNO/BN yang merampas akhbar harakah dan Suara Keadilan yang merupakan organ menyalurkan maklumat kepada ahli PAS.Mereka amat bimbang kebenaran dan fakta-fakta isu semasa yang dipaparkan dalam harakah sejak akhir-akhir ini, UMNO/BN tidak boleh mengelak lagi dengan isu rasuah yang melanda parti mereka, rampasan kuasa di Negeri Perak masih lagi tidak dapat memuaskan hati rakyat.
Untuk memudah dan menyempitkan minda rakyat, maka harakah dan Suara Keadilan digantung selama tiga bulan. Benarlah Firman Allah SWT :
يريدون أن يطفئون نور الله بأفواههم ويأبى الله إلا أن يتم نوره
ولو كره الكافرون
Maksudnya: Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) Dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan Yang demikian). (At-Taubah 32)
Apabila Harakah dan suara keadilan digantung, maka mudahlah bagi mereka untuk menabur fitnah yang direka-reka sedangkan kita tidak mampu lagi untuk menjawab tohmahan mereka.Ibarat kaki dan tangan kita diikat kemudian mereka mengajak kita berenang.
Saya ingatkan buat UMNO/BN, bahawa islam tetap akan memerintah di Malaysia ni,sekalipun pelbagai sekatan yang dikenakan. Pendokong PAS seumpama air terjun yang mengalir deras, sekiranya kamu (BN) menyekat kemaraan kami, maka kami akan melalui disebelah kanan, sekiranya kamu menyekat sebelah kanan, maka kami akan melalui aliran air disebelah kiri, tetapi sekiranya laluan kiri dan kanan kamu sekat maka tidak mustahil benteng yang kamu cipta itu akan pecah.
Sebenarnya dengan cara inilah rakyat bersimpati dengan Pakatan Rakyat. Ini bermakna UMNO /BN sedang menggali kuburnya sendiri
No comments:
Post a Comment