Monday, March 9, 2009

KEBIASAANNYA ORANG YANG BERMASAALAH DALAM UMNO AKAN MENANG DALAM PEMILIHAN


Bekas Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Dato' Norza Zakaria tetap akan mempertahankan kerusi MT UMNO walaupun beliau dipalitkan dengan rasuah politik.Sebelum ini, media melaporkan beliau menyerah diri di pejabat SPRM cawangan Temerloh selepas agensi berkenaan menahan 12 ahli Umno di Maran dan Temerloh bulan lalu.

Bagi saya Dato' Norza Teruskanlah hasrat untuk bertanding MT tu...sebab kebiasaannya dalam UMNO orang yang melakukan kesalahan akan menang dalam pemilihan tersebut. Seperti Dato' Khir Toyo pernah mendapat undi popular dalam pemilihan sekalipun terlibat dengan bermacam-macam kes rasuah yang telah dilaporkan.

PakLah sangat berminat dengan Mad Taib (Bekas MB Selangor), beliau dilantik oleh PakLah sebagai Senator walaupun Tidak dapat dinafikan bahawa harta beliau yang melampau bukan perolehan beliau dari gaji dan elaun sebagai Menteri Besar. Dari kes beliau PP vs Tan Sri Muhammad Muhd Taid (Criminal Trial 45-28-98) yang diadili oleh Hakim Abdul Wahab Patail [abang kepada Abdul Ghani Patail-Peguam Negara sekarang]menyebut :

BAHAWA NILAIAN HARTA YANG DIISTIHAR OLEH MUHAMMAD MUHD TAIB ADALAH RM 30,831,306.15”.
Ini adalah harta yang dimaklumkan dalam kenyataan bersumpah beliau. Harta pegangan beliau melebihi 74,500,000.00 juta ringgit tidak termasuk tanah dan pegangan saham beliau. Tidak syak lagi kekayaan beliau bukan datang dari harta turun menurun keluarga tetapi lebih dari harta turun dari perlakuan rasuah dan pengunaan kedudukkan beliau

Begitu juga dengan Ali Rustam telah merasuah ahli UMNO dengan membawa 600 orang ke Indonesia dengan menggunakan wang rakyat.

Apa yang saya sebut ini adalah contoh diantara pemimpin-pemimpin UMNO. Kalau sebut semua, nanti berjela-jela pula panjangnya.

Jadi....Buat Dato' Norza jangan bimbang, lagi buat salah..maka kamu akan ada tempat dalam umno.

No comments: