Thursday, October 8, 2009

YA ALLAH SEMBUHKANLAH GURUKU INI...


Semasa aku menuntut di Ma’ahad Darul Quran,Rusila, Marang Terengganu, Ust Rosli adalah salah seorang guruku. Ketika itu, beliau di beri amanah untuk memegang jawatan H.E.P Darul Quran.Tanggungjawab itu amat sesuai dengan beliau kerana boleh dikatakan 90 peratus daripada pelajar-pelajar di Darul Quran itu beliau mengenalinya.

Di Darul Quran beliau mengajar mata pelajaran yang agak susah iaitu balaghah, bahasa Arab, Mutala’ah dan beberapa pelajaran yang telah aku lupa.Walaupun beliau dilihat sebagai seorang ustaz yang baik dengan pelajar-pelajar tetapi sikap tegasnya tidak mengenali sesiapa.Samada PPDQ (Pimpinan Pelajar Darul Quran) atau pelajar biasa.

Selalunya setiap pagi sabtu ada perhimpunan pelajar.Selepas makan kami akan berhimpun dihadapan asrama lama iaitu dihadapan rumah Mansor (sekarang rumah warden). Setiap kali perhimpunan Ust Rosli akan mengambil bahagian untuk memberikan nasihat-nasihat yang power kepada pelaja-pelajarnya.Diantara ucapan yang sering diungkapnya yang masihku ingat sehingga kini ….“Kita nak lahir kader-kader generasi al-quran”. Sekarang ungkapan itu telah menjadi kenyataan kader-kader generasi al-quran yang diasuhnya sekarang ini bertebaran diseluruh negeri.

Diantaranya ialah Us. Zaharuddin Muhammad Said (terlibat dengan ulama’ Pas pusat), Us. Nazri Ahmad (Ketua Pemuda Pas Rompin/ Exco DPP Pahang), Us. Khairul Azmi Ismail ( Ketua Pemuda Maran/ Ajk Dewan Ulama’pahang). Us. Hishamuddin Karim (Exco Dpp Terengganu), Ust Khairi Zainuddin N.9 (Ajk Dewan Ulama’ Pas Pusat), Abdul Hadi Isa,Nazri Zainuddin kedua-duanya dari Negeri 9 (Exco Dewan Pemuda Pas Negeri 9) dan ramai lagi terlibat dengan jemaah disemua peringkat sekalipun mereka bekerja dengan agensi kerajaan tetapi masih aktif dengan jemaah..aku ucapkan tahniah kepada mereka yang bergiat dengan jemaah .

Tahniah aku ucapkan kepada Al-Fadhil Ust Rosli yang berjaya kaderkan kami semua. Tetapi kini beliau telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu pagi (5.10.09). Beliau dimasukkan ke HSNZ dengan Ambulan sejurus dua hari mengalami komplikasi kesihatan yang tidak setabil. Menurut sumber, beliau sendiri sudah dua hari tidak ada selera makan dan mengalami serangan bengkak pada sendi lutut dan kakinya.

Aku harapkan kepada pelajar-pelajar darul quran,Rusila yang mengenali beliau sama-samalah kita berdoa kepada Allah SWT semoga Allah SWT menyembuhkan penyakit yang dihadapinya.
( Berita ini telah disampaikan oleh Ust Khairul Azmi Al-Muqry kepadaku melalui blognya www.al-muqry.blogspot.com )

No comments: