Friday, October 30, 2009

AWAS SIJIL HALAL TIDAK DI IKTIRAF


( Ulasan kepada Sinar Harian bertarikh 30 Nov 2009 )

KUANTAN – Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) mengingatkan semua pengilang dan pengeluar produk makanan, produk gunaan, kosmetik, premis makanan dan hotel di negeri ini supaya tidak terpedaya de-ngan agensi swasta dan persendirian yang menawarkan Sijil Halal.

Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Pahang, Noridzuan Abdul Manan berkata, syarikat berkenaan beroperasi mengeluarkan sijil halal yang tidak diiktiraf di Pahang dan Jakim.

Menurutnya, agensi swasta dan persendirian itu sebelum ini sudah beroperasi di beberapa negeri lain, dengan menawarkan sejumlah wang sehingga RM2,000 untuk mendapatkan sijil berkenaan dan siap dalam tempoh singkat.

“Mereka mengenakan bayaran dalam jumlah tertentu dan sijil diberi dalam tempoh sehari, sedangkan tempoh sebenar yang diperuntukkan bagi memperoleh sijil berkenaan ialah sebulan dan sijil diberi selepas 10 hari tempoh bayaran,” katanya.

Beliau berkata, sebagai agensi sah mengeluarkan sijil berkenaan, pengurusan Jaip dan Jakim melalui prosedur tertentu yang ditetapkan, termasuk pemeriksaan dan pemantauan ke atas produk atau premis.

Katanya, proses berkenaan tidak semudah yang dilakukan agensi berkenaan yang hanya mengaut keuntungan dan menggalakkan lebih banyak premis jualan atau produk tidak halal.

“Kita sudah mengesan beberapa premis yang menggunakan tanda halal yang tidak diiktiraf itu. Tindakan susulan akan dilakukan jika premis berkenaan masih menggunakannya,” katanya.

Menurutnya, Jaip akan terus membuat pemantauan di premis jualan, pengeluar produk makanan dan restoran supaya tidak mudah terpedaya dengan agensi yang menawarkan sijil dengan mudah.

Noridzuan berharap, pengeluar produk makanan atau premis makanan yang berhasrat mendapatkan sijil halal tidak sewenang-wenangnya menggunakan agensi itu untuk meraih keuntungan dengan menarik pelanggan Muslim.

“Mereka perlu memohon sijil halal yang diiktiraf dan diperakui pihak berkuasa agama di negeri ini,” katanya.:

Beliau turut menasihatkan syarikat pengeluar produk makanan supaya tidak menggunakan logo halal Malaysia pada label produk, sedangkan mereka tidak pernah memohon mendapatkan sijil berkenaan.

Katanya, sehingga kini Jaip sudah mengesan beberapa produk yang diproses ditampal logo halal Malaysia tanpa kebenaran untuk mengaburi pelanggan.

“Menjadi satu kesalahan serius apabila pengilang menggunakan logo berkenaan tanpa kebenaran dan kita tidak teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya kerana mereka memalsukan logo itu.

“Kita berharap, pendedahan ini memberi peluang pengguna berhati-hati memilih produk makanan yang mempunyai logo halal diakui halal dari Jakim dan Jaip,” katanya.

Ulasan : Syabas JAIP kerana berjaya mengesan agensi-agensi tertentu yang menjual logo halal kepada pengilang, pengeluar produk makanan, premis dan hotel dan sebagainya. JAIP perlu lebih kerap memantau dan menyiasat sehingga ke akar umbi perkara ini.Kerana ia melibatkan persoalan halal dan haram yang akhirnya menjadikan perangai dan perilaku manusia berubah sedikit demi sedikit bertukar kepada kebinatangan.

Saya nak sebutkan dan selalu saya sebut dalam kuliah-kuliah saya apabila berkait dengan persoalan halal dan haram. Di Zoo Thailand, terdapat 3 ekor anak harimau yang disusukan dengan susu babi, apabila membesar sepatutnya harimau ini garang kerana sememangnya harimau sifatnya demikian. Tetapi 3 ekor harimau ini menjadi lembut, tidak seperti harimau semulajadi...mungkin boleh disifatkan sebagai pondan.Bila diteliti kembali, yang melembutkan 3 harimau itu ialah susu babi yang telah diberikan oleh petugas di zoo tersebut beberapa tahun dulu. Sebab itu bagi saya pegawai JAIP kerjanya cukup banyak dan sepatutnya kakitangannya juga mesti ramai. Saya diberitahu bahawa kadang-kadang untuk cegah dan buat pemeriksaan di Cameron Higlands maka yang Kuantan kena turun.Kenapa tidak dilantik disetiap kawasan 20-30 orang atau lebih untuk memantau perkara-perkara yang tidak diingini.

No comments: