Tuesday, November 3, 2009

DI SEKITAR JAMBORI AMAL KEBANGSAAN DI SABAK BERNAM

Alhamdulillah...Jabatan Amal negeri Pahang berjaya menghantar kontigennya ke Jambori Amal di Sg Nibong, batu 23 Sabak Bernam. Jambori kali sedikit hambar berbanding dengan jambori-jambori yang sebelum daripada ini, terutamanya dari sudut ketepatan masa.Mungkin juga kerana pengurusan yang baru.Tetapi masalahnya kenapa terlalu ketara kehambarannya..?.
Pada tahun 1996 saya menyertai jambori Amal peringkat kebangsaan yang diadakan di Ayer Keruh Melaka.saya cukup gembira ketika itu kerana bertemu dengan pimpinan-pimpinan pemuda di peringkat pusat yang sebelum ini hanya dilihat dari dada-dada akhbar harakah sahaja, bahkan mereka berkhemah bersama di tapak jambori itu.
Tetapi di Jambori Amal Kebangsaan di Sabak Bernam ini, saya tidak terlihat seorang pun exco DPP Pusat kecuali Sdr Sani Hamzan.Apabila saya terlihat beliau terus hati saya mengucap syukur kepada Allah.Pada hari penutup program barulah saya terlihat Ust Nasruddin Hassan Tantawi sebagai ketua Dpp Pusat dan Yb Ust Firdaus Jaffar yang merupakan exco DPP Pusat.
Ust Nasruddin Hassan memohon maaf kerana tidak dapat hadir ke program jambori kecuali pada hari penutup sahaja kerana terpaksa menghadiri program Pasti peringkat kebangsaan dan HIMPIT ( Himpunan Pemuda Islam Terengganu ) di Kemaman Terengganu.Umumnya peserta memahami tugas sebagai seorang ketua pemuda pusat yang padat dengan pelbagai bentuk program yang terpaksa dihadirinya tetapi bagaimana dengan exco-exco yang lain ?.
Perkara ini sewajarnya di muhasabah kembali.....
Sungguh menenangkan.....suasana di Sabak Bernam berjaya memutar memoryku
kembali di waktu kecil.
Gerbang tapak perkhemahan kontigen Negeri Pahang
Keadaan khemah yang dilanda banjir
Bergotong royong membaiki khemah yang runtuh disebabkan hujan lebat
Markaz Kawasan Sabak Bernam tersergam indah....bersebelahan
dengan rumah Khir Toyo
Blogger bergambar bersama Ydp Kawasan Sabak Bernam iaitu
Ustaz Fadzlin Taslimin

Gotong royong....Kontigen Pahang telah diamanahkan supaya membersihkan
Markaz Pas Kawasan Sabak Bernam yang diketuai oleh Abdul Aziz Kamali (Kopiah coklat
gambar atas)
Kumpulan nasyid dari Negeri Pahang. walaupun hanya 6 orang tapi mampu
memukau hadirin
Bersemangat....Final berentap dengan negeri Kedah setelah mengalahkan
negeri-negeri yang lain.
Yb Dato' Sri Tuanguru Hj Abdul Hadi Awang berucap di majlis penutup
jambori Amal peringkat Kebangsaan kali ke - 17

Ust Nasruddin Hassan sedang berucap di majlis penutup program
Terpisah 9 tahun...akhirnya bertemu jua di Sungai Nibong
Sabak Bernam.Hanafi Fooad adalah anak keluarga angkatku yang tinggal
di Ampang Selangor.
Pembarisan akhir semasa perasmian penutup Jambori, Kontigen Amal
mendengar ucapan Yb Tuanguru Hj Abdul Hadi Awang

No comments: